Daging Masak Lemak Cili Padi Richiamo Coffee

 

Salam.

Malam tadi aku dengan kawan aku Wahid (Wahidah)  makan di Richiamo Coffee.

Kami makan agak lewat juga la.

Petang tu aku pergi ambil Wahid di hotel dia. Dia datang dari Tawau jumaat hari tu untuk kursus di KK.

Dia sakit leher, lepas kelas spinning di Tawau baru baru ni, jadi aku bawak di pergi massage.

Kami ke Attiya, sebab situ tempat dia proper dan harga pon boleh tahan juga.

Lepas massage, kami terus ke Imago pula sebab dia nak survey phone.

Tak survey pon, dia terus beli haha.

Beli Iphone 15 Pro di Switch Imago.


Lepas dah settle urusan beli phone, tukar screen protector dan cari new casing baru lah sempat nak makan.

Masa ni dah nak dekat pukul 10 malam, jadi aku ajak dia makan di area Aeropod je sebab tak lama lagi mall nak tutup dah. Baik keluar awal sebelum stuck dalam jem nanti.

Mulanya nak ke Daily Coffee sebab dia tutup 12 tengah malam, tapi tak jadi.

Kami makan di Richiamo Coffee je, sebab aku tak pernah makan lagi di sini. Dia tutup pukul 11 malam, sempat lagi.


Sebab dah malam, tak banyak menu yang ada, tapi nasib baik masih ada menu nasi je. Fuhh. Dah la tengah kelaparan masa ni. Masa massage tadi pun perut dah berbunyi kelaparan.


Aku dan Wahid order benda yang sama,



Daging Masak Lemak Cili Padi


Sedap juga la. Boleh repeat lagi nanti.



You Might Also Like

2 comments

  1. Kita pun suka lauk lemak kat richiamo tu..puas hati la

    BalasPadam
  2. Tak pernah order nasi kat Richiamo ni. Selalu mengopi & makan western je. Western pun kekadang tak sedap. Atas tempat kot.

    BalasPadam