Makan di Burghub.co, Bandar Perda


Salam.

Hari sabtu minggu lepas aku dan kakak aku makan di Burghub.co, Bandar Perda.



Akak aku yang ajak makan di sini. Dia nak cuba, sebab ada nampak di foodpanda. Nak order di foodpanda katanya harga mark up jugak la, tu yang cuba makan di kedai.

Burghub.co ni buka dari pukul 3 petang.

Kami sampai ke sana baru je buka restoran Burghub.co ni. Tak ramai lagi orang masa ni.

Semasa otw ke sini, aku dah tengok menu siap-siap. Jadi bila sampai di situ dah ada idea nak order apa.

Disebabkan kami masih kenyang lagi, jadi kami order tak banyak. Setakat nak cuba je.


Kena ke kaunter untuk order


Antara menu yang ada di sini







ada pelbagai jenis burger


Apa yang kami order


Double beef burget set (ada soft drink & fries) - sedap juga patty dia, tapi sos dia macam biasa-biasa je

Nachos beef cheesy - sedapp 

Yangnyeom korean chicken - biasa je rasa dia, tapi ada banyak ketul. Harga dia berbaloi


Wefie sebelum makan


Total hangus: RM55.40


Kami makan tak habis, sebab besar juga portion dia.

Jadi selebihnya kami mintak paperbag di kaunter, dan bawak balik rumah.







You Might Also Like

1 comments