Makan tengahari di Lauk Cikta, Bayan Lepas
Salam.
Hari ni aku terpaksa ambil cuti tambahan untuk balik ke Penang, sebab flight aku diawalkan pula pada hari ni.
Disebabkan tak nak bayar duit flight lebih (double daripada harga flight yang aku beli awal-awal) di Trip.com, jadi aku apply last minute cuti tambahan untuk hari ni.
Dah lama tak balik Penang, last balik masa Bulan 4 hari raya puasa hari tu. Tu pon balik malam hari raya pertama. Hari raya pertama aku beraya dengan kawan-kawan yang balik lambat juga di KK.
Hari raya haji bulan lepas aku tak balik sebab memang plan nak balik awal bulan julai ni. Nak pergi jalan-jalan dengan family nanti.
Tiket flight KK-Penang-KK tak la murah sangat tapi tak lah mahal juga. Asalkan beli awal & cari dulu di skyscanner tengok beli dari apps mana yang murah.
Untuk tiket KK-Penang return kali ni aku beli di Trip.com. Disebabkan Firefly last minute (maybe) reschedule flight aku terpaksa deal dengan agen di Trip,com ni. Dan aku sangat geram dengan cara diorang layan customer. Geram aku ni macam rasa tak nak guna dah apps ni sebenarnya... Tapi.. Ada banyak upcoming flight & hotels yang aku dah book di sini, jadi redha je lah.
Next time maybe akan dipertimbangkan lagi sama ada nak guna apps ni ke tak. Padahal bertahun dah guna apps ni memang tak ada masalah pon. Tapi tulah, nasib tak baik kali ni, dapat agen yang hmm.. susah nak cakap.
OKlah, jom kita cerita pasal lunch aku selepas landed di Penang International Airport. Sebenarnya brunch la, belum lagi tengahari, sebab aku dah kelaparan.
Mulanya ayah aku ajak makan di Eryna Cafe Curry Claypot sini, tapi belum buka lagi masa ni. Jadi kami pusing-pusing area Balik Pulau untuk cari durian pula. Sekarang kan tengah meriah dengan durian. Balik rumah tadi pon masuk rumah je dah bau durian. Ayah dan mak aku beli semalam, nak buat cucur durian.
Lauk Cikta, Bayan Lepas
Antara lauk yang ada
lauk yang kami ambil
sambal sotong, kari ikan, telur sotong & sayur
sambal telur puyuh tu sedap. 3 biji RM2.
lauk yang aku ambil
ikan keli seekor, dengan daging masak merah.
Ikan keli sedap, tapi daging liat sangat.
Total RM46.20
murah juga harga dia mak aku cakap. Kalau aku, memamg murah la, berbanding harga makanan di KK 😂.
1 comments
Banyak pilihan makanan
BalasPadam