Mat Coffee lagi & A&W
Masih cerita semasa aku di Penang baru-baru ni.
Pagi sabtu lepas (13 Julai 2024), aku dan kakak aku, mak cik aku ke Pat Mat Western untuk tengok pertandingan memasak - Pat Mat Western BBQ Showdown. Kami ke sini nak support Mak Ngah kami yang masuk sebagai peserta.
Lama juga di sini, dari pagi sampai tengahari. Sementara tengok tu, aku dan akak aku sempat lagi beli Mat Coffee.
Hazelnut Latte RM5
Petang tu, aku dan akak aku ke A&W dan Bask Bear pula. Lama tak makan di A&W. Kami beli melalui drive thru je di A&W Batu Kawan.
Akak aku order Beef Coney Set. Air sebenarnya nak upgrade kepada float je, tapi dia upgrade dan juga tambah lagi 1 root beer float. Hmm, sabar je lah. Dah bayar & dapat resit baru perasan.
Kami memang nak order 1 set je, sebab nak rasa je. Perut masih lagi kenyang sebenarnya, sebab dah makan tengahari.
Aku makan 1 pinggan bihun goreng & sup ayam tengahari tu.
(sekarang tengah tapi entri ni rasa homesick pula, huwaa)
Root Beer Float A&W
1 minum dalam kereta, lagi 1 bawak balik rumah.
Tak sabar nak makan
Resit A&W
Lepas tu, singgah di Bask Bear pula. Nak cuba burger dia yang baru.
Lupa nak ambil gambar pula..
1 comments
Sedapnyaa
BalasPadam