Hiking Bukit Botak Julai 2024 & makan di The Warung

Salam. 

Sabtu dah hiking di Bukit Padang, ahad keesokannya pula sambung hiking di Bukit Botak pula.

Plan nak ke sana beberapa orang, tapi last minute ada yang tak dapat join.

Jadi, aku berdua je dengan Auni.


Lepas subuh, terus gerak ke Bukit Botak. Aku drive dalam 20 minit dari rumah aku untuk ke sana. Pagi tak banyak kereta, jadi tak jem lagi.


Sampai di sana pukul 6.05pagi macam tu. Tempat start hiking dia dah lain, sebab jalan masuk yang lama dah kena pagar untuk pembinaan kot.




Jalan baru naik ke Bukit Botak


Tak sure dah berapa lama ditutup, last pergi sini bulan Jun 2024 masa raya haji yang lepas.



Jalan menaik je lebih kurang 100m ke





Berehat kejap. Pandangan dari atas, ni baru separuh menaik



Sunrise



Auni dah ke-depan




Berhenti kejap wefie



Hampir sampai ke puncak Bukit Botak




Dah sampai, cuaca sangat cantik!





Wefie di puncak pula



Aku naik slow sikit, lebih kurang dalam 45 minit. Dah sampai atas, duduk kejap dekat situ sambil enjoy pemandangan & minum 100 plus.



Lepas tu turun dalam masa 35 minit macam tu.


Lepas dah hiking, mesti la akan singgah breakfast dulu sebelum balik ke rumah.

Kami breakfast di The Warung. Kedai dia buka 8.30pagi, tapi kami sampai awal dalam 8pagi. Jadi aku pegi isi minyak kereta dulu dan jalan-jalan kejap sambil tunggu pukul 8.30pagi. Dulu rasanya pukul 8pagi dah buka.


Biasanya aku makan nasi goreng lalap. Tapi semalam aku terasa nak makan wan tan ho dia pula.




Aku beli wan tan ho ayam. Besar portion dia, memang kenyang sampai ke tengahari.

RM14


You Might Also Like

1 comments

  1. Bestnya hiking. Sejak dh membulat. Syu x mampu nak buat dh. Naik bukit sikit pun dh pancit. Ha3 🤣

    BalasPadam