Hiking Bukit Padang dan makan Nasi Lemak Cyber lagi

 

Salam.

Sabtu pagi semalam aku ke Bukit Padang lagi untuk hiking. Ni hiking pertama untuk minggu ni.

Minggu ni adalah minggu yang penat sebab busy dengan urusan pindah rumah.

Penatnya tu sampai aku siap selesema & batuk lagi.


Masa bangun pagi semalam, dah start sakit tekak, tapi sebab dah lama tak hiking kan, jadi pergi la hiking juga.

Tapi hiking sekejap je, tak training naik turun tangga di Bukit Padang pun, sebab badan masa ni tak berapa larat dah.



View pagi dari Bukit Padang


Gunung Kinabalu


Lepas tu singgah rumah lama kejap, sambil angkut sikit barang-barang yang nak bawak masuk ke rumah baru.

Kemudian, baru ke kedai Nasi Lemak Cyber untuk makan nasi lemak pula.


Nasi lemak + sambal ayam + sambal kerang + telur mata


Nasi lemak & lauk masing-masing


Selepas makan, tak balik rumah terus. Singgah beberapa kedai perabot dulu cari barang sampai lah petang.

Petang tu, memang lunyai la. Lepas mandi dan makan ubat, dapat la rehat sekejap.

Tapi masih tak settle lagi barang yang nak bawak untuk pindah ke rumah baru.

Aim untuk habis pindahkan semua barang sebelum hujung bulan ni, insyaAllah.

Nasib baik ada kawan-2 yang sudi tolong angkat dan beli barang sama-sama.



You Might Also Like

3 comments

  1. Bestnya nasi lemak yang ada pelbagai jenis lauk rasa nak ambil semua.

    BalasPadam
  2. Sedapnya makan nasi lemak dengan sambal kerang.

    BalasPadam
  3. subhanaullah
    seronok dpt hiking lihat panorama

    BalasPadam