Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu 11-12 Sept 2024 - kali ketiga!

 

Salam.

Alhamdulillah, aku baru je turun dari Gunung Kinabalu pada 12 Sept 2024 (Khamis) yang lepas.



Ni kali ketiga aku mendaki Gunung Kinabalu. Pengalaman mendaki yang paling mencabar setakat ni.

Mencabar sebab cuaca dan juga keadaan kesihatan aku yang kurang memuaskan.


Pendakian Gunung Kinabalu 11-12 Sept 2024


Kali ni aku sendiri yang mendaftar semua orang di website Sabah Parks. Mulanya kami 1 team 13 orang yang mendaftar, tapi pada hari kejadian hanya tinggal 10 orang sahaja atas sebab-sebab tertentu.


10 Sept 2023 (Selasa)


Kami bertolak ke Kundasang dalam pukul 2 petang macam tu. 

Kami bergerak ikut masa & kereta masing-masing. Ada yang bergerak lagi awal, ada yang lagi lambat.

Kami berempat (aku, Isma, Sarah & Ketty) naik 1 kereta.

Kami stay di The Explorer Kundasang, betul-betul dekat dengan Pekan Kundasang.

Sebelum ni, aku biasa bergerak awal pagi lepas Subuh pada hari yang sama untuk mendaki Gunung Kinabalu. Tapi kali ni Isma & Sarah ajak overnight sana dulu 1 malam.


11 Sept 2023 (Rabu)

Masing-masing bangun awal & mandi. Aku makan breakfast nasi yang beli di Tuk Tuk Tomyam malam tadi. Memang aim nak breakfast berat.

7am bergerak ke Kinabalu Park. Parking kereta di dalam Kinabalu Park - Dewan Kinabalu.

Parking RM5.

 Naik shuttle van untuk ke Kinabalu Park semula.

Sebenarnya, kena self check in dulu 2 hari sebelum mendaki. Aku terlupa, jadi kena self check in di sana. Scan QR code & isi online, Kena bayar RM2 untuk print form tu pula.

Masa ni kena check nama betul atau tak, sebab nama akan diprint di name tag & juga untuk sijil esok nya.


Name tag - group AF

Kena sentiasa pakai name tag ni.


Lepas tu, cari mountain guide pula. Dah ada mountain guide, dia akan tolong timbang barang untuk diberi kepada porter pula.

Guide - RM350 (untuk 5 orang dewasa). Kami 10 orang, jadi kami ambil 2 guide - seorang kena bayar RM 70 untuk guide.

Porter RM14/kg. Beg aku berat, 8kg total. Jadi kena bayar RM112.

kalau yang takde hiking stick, boleh sewa di sini juga, RM10 per hiking stick kalau tak salah.


bergambar dulu sebelum naik.

Excited + nervous


Group photo


Selepas ambil gambar berlatar-belakang Gunung Kinabalu, kami pun naik shuttle van untuk ke Timpohon Gate.

Perjalanan dari Kinabalu Park ke Timpohon Gate memakan masa selama 15-20 minit macam tu.


Sampai di Timpohon Gate. Group photo sebelum naik ke Gunung Kinabalu


Peta perjalanan mendaki Gunung Kinabalu


Briefing dari mountain guides kami


Tangga permulaan


Awal perjalanan


First pondok - Pondok Kandis


Ada tupai yang comel

Sebelum sampai ke pondok ni, aku kena berhenti ambil ubat dulu. Sebab baru je baik daripada batuk yang teruk (batuk teruk selama hampir sebulan on and off). Siap kena ambil steroid lagi sebab kena asthma attack

Sebab tu kali ni naik slow-slow je, tak berani nak push sangat.

Mulanya ingat nak cancel je, tapi sebab dah janji dengan kawan-kawan, jadi teruskan juga. Tapi dah memang keep in mind tak nak push diri sendiri. Biar lambat, asalkan selamat.


1.0KM done!


Pondok kedua - Pondok Ubah


Wefie jap. Cuaca masih cerah masa ni.

Tapi aku dah buka windbreaker sebab dah start berpeluh & rasa panas


di KM 1.5, cantik cuaca masa ni. 


Terserempak dengan porter yang membawa beg aku


Perjalanan masih diteruskan,


1.5KM done!


Selfie sorang-sorang




2.0KM done!



Pondok seterusnya pula - Pondok Lowii



3.0KM done!
baru separuh perjalanan. Masa ni kawan aku Isma dah kesejukan, dia dah pakai gloves.


Tangga lagi..


Pondok seterusnya - Pondok Mempening





3.5KM done!




Ada cacing besar



Masih tangga. Hujan dah mula turun dengan lebatnya masa ni. Dah kena pakai raincoat.


Sempat lagi berhenti selfie dengan raincoat


Akhirnya, Pondok Layang-Layang.
Sikit lagi nak sampai 4.0KM.
Berhenti makan lunch dulu di sini, pondok dia besar, ada dua. Kiri dan kanan jalan.



4.0KM done!


Ada tempat tinggal di area Layang-Layang. 

Macam dah hampir siap. Untuk pendakian 3 hari 2 malam.


Lepas 4KM, jalan pon dah berubah. Tak banyak tangga sangat dah, lebih kepada batu-batu.

Dengan hujan yang lebat, jalan agak licin. Memang terpaksa slow down banyak.


Me with periuk kera


One with them

Masih boleh tersenyum walaupun tengah sejuk & penat





4.5KM done!




nampak shadow Gunung Kinabalu di belakang. Tapi sekejap je, sebelum awan datang lagi





Ada 1 pondok lagi sebelum sampai 5.0KM, tapi tak ambil gambar sebab cuaca teruk.



5.0KM done!

Tinggal lagi 1KM je lagi...





Jalan berbatu-batu & basah





800M ke Panalaban/ Laban Rata.


Setiap 100M ada signboard, tapi tak larat dah nak ambil gambar, sebab hujan sangatlah lebat.




Pondok terakhir sebelum sampai ke Laban Rata - Pondok Paka




Lagi 100 meter je!



Akhirnyaa. Sampai juga dengan selamat ke Laban Rata.

Walaupun hujan tengah lebat masa ni, nak juga ambil gambar.

Sebab kalau dah masuk bilik, confirm tak keluar dah dengan cuaca macam ni.




Part 2 sambung sini




You Might Also Like

4 comments