Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu 11-12 Sept 2024 - kali ketiga! Part 2

 

Salam.

sambungan dari entri sini 


gambar di kawasan puncak Gunung Kinabalu


Dah sampai di Laban Rata, kami masuk ke bilik kami dulu di Lemaing Hut.

Yang lain semua dah sampai. Ada yang dah ready nak pergi makan dah.


Aku pun dah tak sabar nak pergi makan di cafe sebab lapar sangat dah masa ni.

Nak ke cafe kena berjalan jauh sikit dari Lemaing Hut ni. Tapi, demi makanan, okay je.


Laban Rata lagi.

cafe bangunan yang berwarna putih di belakang tu



Dinner untuk malam ni

Buffet style, makan je sebanyak mana yang nak. Kalau boleh makan laaa.


Orang dah ramai


Apa yang aku ambil

Lamb aku mintak extra. 

Makanan dia staff sini yang cedokkan.

Minum dengan kopi panas. Cepat je kopi panas tu jadi sejuk. Minum masa ada asap lagi pon tak rasa kepanasan air tu.

Dalam cafe suhu okay sikit, sebab ada heater agak nya dan orang ramai di dalam.


Lepas dah makan, pergi solat di surau. Baru tahu ada surau dekat sini. Sebelum ni solat di bilik hostel je.


Di surau ada telekung, next time tak perlu bawak dah. Next time? haha


Lepas solat, nampak sunset yang cantik ni.

Hujan baru berhenti, jadi muncul la sekejap sunset ni.


Solat dah siap, air pon dah refill makanya masa untuk tidur. Aku tidur dalam 7 petag lebih macam tu.

Besok tu nak kena bangun awal pagi untuk summit attack.


12 Sept 2023 (Khamis) - Summit Attack


Bangun pukul 1 pagi. Gosok gigi, cuci muka dan bersiap untuk ke cafe.

Sebenarnya tak bersiap banyak sangat dah, sebab sebelum tidur dah pakai semua lengkap sebab cuaca sejuk betul.

Aku pakai heat tech ultra warm 1 lapis, 1 tshirt lengan panjang & jaket di luar (jaket aku ada fleece, tapi aku buka fleece dia. kira macam pakai jaket nipis je).


Masa ni cuaca masih bagus, tak ada tanda-tanda nak hujan. Angin je macam kuat di luar.


Nak dekat pukul 2 pagi, kami turun ke cafe untuk supper.

Supper ala kadar je, asalkan perut diisi.


Supper

Risau nak minum kopi takut sakit perut, tapi sebab mengantuk, minum juga la.


Muka excited & nervous


Semua orang dah ready, kami pon berjumpa dengan guide kami di luar cafe.

Ada short briefing lagi sebelum naik ke puncak.

Masa ni jalan beberapa langkah je kena berhenti sebab jantung laju betul.

Aku memang plan nak naik slow-slow juga. Biar lah orang lain nak pergi dulu pon takpe.


Tak sampai sejam perjalanan, hujan dah mula turun. Cuaca makin sejuk. Aku teruskan juga perlahan-lahan. Guide jalan belakang aku, tak banyak cakap.

Berjaya sampai juga di Sayat-Sayat Hut, tapi agak lambat sikit dalam 5 pagi macam tu.

Lepas tu berjumpa dengan Isma dekat situ dan perjalanan diteruskan menaiki ke puncak.


Sunrise yang cantik


Namun, cuaca makin teruk lepas tu. Hujan makin lebat. Sejuk dah teramat sangat dah masa ni.

Jalan pon dah tak nampak, kabus je semuanya.

Tak semua orang dapat sampai ke puncak pada hari tu, sebab cuaca yang teruk.

Kami disarankan untuk bergambar di 8.5KM dan mula turun semula ke bawah.


8.5KM!

tak nampak apa-apa pun dekat belakang tu.

Angin kuat sangat masa ni, macam nak melayang je badan tu.


Masa perjalanan turun semula ke Laban Rata, cuaca makin teruk & hujan lebat. 


Tapi ada sekejap hujan berhenti, sempat ambil gambar di duit RM100 ni.


Lepas tu, simpan handphone rapat-rapat dalam poket & fokus nak sampai ke Laban Rata semula je.

Masa nak turun tu, terdetik juga la perasaan menyesal sedikit.

Sebab susahnya nak turun guna tali, terpaksa buat macam di waterpark - meluncur turun puncak. Tapi memang kena berhati-hati sebab batu-batu dia banyak.

Jalan turun dari puncak dah macam air terjun dah.

Tangga pula licin.


Bersyukur juga dapat turun dengan selamat.

Memang berdoa banyak masa dekat atas ni. Angin yang kuat, jalan yang licin.

Raincoat aku dah rosak kat atas ni.


Happy bila nampak pagar ni.

Dah sampai ke Pendant Hut.

Aku singgah sekejap di Pendant Hut untuk berteduh dari angin dan hujan yang lebat. Masa ni ada seorang pendaki yang baru keluar dari situ - yang sempat buat Via Ferrata hari ni, dia sorang je. Yang lain semua tak dapat buat sebab cuaca teruk.


Tak sampai 5 minit di sana, aku balik semula ke hostel & tukar baju yang ada. Nasib baik ada 1 baju yang tak basah lagi (baju fleece yang dibuka pagi tu).

Yang lain semua dah habis basah lencun.

Seluar basah, tapi terpaksa pakai juga sebab takde seluar lain dah nak pakai untuk turun ke Timpohon Gate.


Raincoat pon beli baru, sebab cuaca masih hujan & berangin masa ni.


Me & Ketty


Tapi raincoat yang baru dibeli tu pon tak tahan lama, sebab angin yang kuat terus koyak semasa nak turun dari Laban Rata ke Timpohon Gate.

Kesimpulan-nya, 2 raincoat aku rosak di sini je. 

Nak kena beli baru lagi untuk next hiking trip - kalau ada.


Semasa nak turun pon kena dengan penuh berhati-hati sebab jalan basah. Macam jalan di dalam sungai je rasa.

bukan lopak-lopak air dah.


Overall, memang penat pendakian Gunung Kinabalu kali ni disebabkan cuaca yang sangat teruk & keadaan aku yang tak berapa sihat juga.


Sampai di Kinabalu Park, kami makan dulu sebab ada backpack kawan aku lagi sorang belum sampai.

Plan untuk turun ke KK malam yang sama, sebab besok nya kerja.


Update 16/9/24 - kaki Alhamdulillah dah kurang sakit. Hari 2-3 turun tu yang sakit sangat. Paha aku yang sakit betul, maybe sebab menahan dengan paha masa turun ke bawah - sebanyak lebih kurang 9KM perjalanan turun pada hari yang sama.


Kos mendaki Gunung Kinabalu 2024

You Might Also Like

2 comments

  1. Tahniah atas kejayaan mendaki Gunung Kinabalu. Pencapaian ini bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan kekuatan fizikal serta mental yang luar biasa. Mendaki gunung tertinggi di Malaysia adalah satu pencapaian besar dan ia pastinya memberikan kenangan yang indah serta pengalaman yang sukar dilupakan. Setiap langkah yang diambil, cabaran yang dihadapi, dan pemandangan indah di puncak gunung adalah ganjaran yang setimpal atas usaha keras.

    Semoga pencapaian ini menjadi motivasi untuk terus mencapai lebih banyak impian di masa hadapan. Tahniah sekali lagi, dan semoga terus berjaya dalam semua cabaran mendatang.

    BalasPadam
  2. Wow hebatnya, otai ni dah 3x tawan puncak Kinabalu 👍
    Memang mencabar nampaknya pendakian sis kali ni but it's worth the effort kan...

    BalasPadam