Trip Kuching Ogos 2024 - Breakfast di Laila Cafe

 

Salam.

Sambungan daripada Trip Kuching Ogos 2024.

Pagi esoknya, kami plan untuk breakfast di Laila Cafe.

Ni first time aku ke sana.

Lepas subuh, kami terus siap-siap untuk ke sini.

Di Kuching kedai makan buka awal, jadi kalau tak nak beratur panjang kenalah gerak awal ke sana.



Laila Cafe


Masa kami sampai ni, beratur juga la. Tapi tak panjang sangat, ada beberapa orang je depan kami. Tak sampai 10 minit beratur, kami dah dapat tempat duduk.


Masa beratur tu, dah tengok menu siap-siap. Duduk je terus kami order.


Nasi ayam, mee jawa, rojak pon ada


sementara menunggu order kami sampai


Nasi ayam dia nampak macam sedap, jadi order la satu.  Dengan rojak.

Boleh la kongsi makan sama-sama.

Mee kolok order sorang satu.


Aku order mee kolok ayam + daging


Overall, sedap. Next time ke Kuching boleh singgah makan di sini lagi.


Bye!




You Might Also Like

1 comments

  1. Mie Kolok pernah coba, tapi di Dapur Serawak KL. Sedaaap. Nak juga coba yg original di kota asalnya kalo nanti ke Serawak

    BalasPadam