Trip Kuching Ogos 2024

 

Salam. 

2 minggu yang lepas, aku ke Kuching dengan kawan-kawan aku. Tujuan ke sana untuk makan dan jalan-jalan.

Ni kali ketiga aku sampai ke Kuching, Sarawak. Kali pertama tahun 2022, kali kedua tahun 2023 - pergi kursus.

Kami ke sana selama 3 hari 2 malam (23-25 Ogos 2024).



Trip Kuching 23-25 Ogos 2024


Hari pertama (Jumaat, 23 Ogos) aku dan Pini naik flight Firefly untuk ke Kuching dari Kota Kinabalu. Flight kami berlepas pada 12.40 tengahari dan selamat sampai di Kuching pada pukul 2 petang. Ada sedikit delay masa nak berlepas dari KK.

Sampai di Kuching International Airport, ada 2 orang lagi kawan kami yang menunggu di sana.

Diorang dah sampai awal di Kuching, jadi kereta sewa diorang yang ambil dulu.


Kemudian, kami ke airbnb pula untuk check in. Ngam-ngam kami sampai dah boleh check in (3pm).

Dah sampai tu, rehat-rehat kejap. Tak lah penat sangat, tapi cuma mengantuk je. Jadi try la nak lelapkan mata sekejap sebelum pergi makan, tapi dapat la lelap mata dalam 20 minit macam tu.

Petang tu, kami early dinner dekat Keeper's Ground cafe di The Spring Shopping Mall.



Keeper's Ground, The Spring Shopping Mall


Kami dah book sebelum ke sini, sebab Izzah cakap masa tengahari penuh orang.

Tapi time kami sampai ni, orang tak berapa ramai juga la.



Jom tengok antara menu yang ada di sini,


Apa yang kami order




Pesto Spaghetti


Pumpkin Pan Seared Salmon


Corned Beef Hash


sweet potato fries


Fettucini Meatball - Aku punya



jom makan ~




You Might Also Like

1 comments