Personalized Calendar 2025
Salam.
Sebenarnya dah lama dapat Personalized Calendar 2025 ni, tapi baru nak buat entri.
Personalized Calendar 2025 hadiah daripada memang giveaway yang dianjurkan oleh Sis Linda.
Dah lama tak menang giveaway, jadi excited juga la bila menang. hihi.
Sebab jarang buka blog, lambat sikit tau menang giveaway & aku lambat bagi details juga. Tak tahu la apa yang sibuk betul sekarang.
Tak lama lepas tu, dapat lah Personalized Calendar 2025 yang cantik ni.
Tak sabar nak buka parcel
Ada satu kotak putih
Ada kalendar dan kupon diskaun
Kalendar 2025 - cover depan (gambar yang diambil di Keukonhof Tulip Garden tahun 2019 dulu
December 2025
Gambar terbaru yang diambil pada 24 Disember tahun lepas sempena birthday aku
Sekali lagi, Terima kasih Sis Linda!
0 comments