SisterS Crispy Popiah
Salam.
Lama betul tak update blog. Tak tahu la apa yang sibuk sangat tu, haha.
Lepas balik kerja isnin hari tu, aku singgah ke City Mall untuk beli barang sikit.
Dah beli barang, tunggu Pini beli Zus Coffee kejap.
Ternampak di tiktok pasal SisterS Crispy Popiah ni.
Masa baru buka hari tu nak cuba, tapi malas nak ke City Mall, sebab sentiasa penuh dengan orang.
Jadi, alang-alang dah dekat sana semalam aku pon beli la 1. Saja nak cuba, tak pernah makan seingat aku.
Menu yang ada
Aku beli Eggroll Crispy Popiah
- RM7.50
cantik packaging dia
1 roll
Balik tu terus makan, sedap juga.
Habis 1 roll tu aku makan sorang, kenyang juga la.
Boleh beli lagi next time.
0 comments