Mixue Ice Cream & Cafe Amazon

 

Salam.

Sambungan daripada cerita sebelum puasa.

Selepas makan di Ayam Gepuk Original, aku dan akak aku singgah ke Sunway Carnival Mall pula.

Tujuan utama ke sana adalah untuk beli kopi di Cafe Amazon. Lama tak minum. Biasanya kalau balik Penang mesti aku akan ke sini untuk beli kopi di Cafe Amazon.

Tapi sekarang dah ada banyak branch Cafe Amazon di sekitar rumah aku. Ada lagi 2 tempat selain Sunway Carnival Mall kalau tak salah - Auto City & Aeon Alma.

Sebab perut masih kenyang, kami jalan-jalan di bahagian bawah - area makanan. 

Ingatkan nak tengok tengok je, tapi terbeli juga. Akak aku beli popcorn pelbagai perisa di situ, aku pula beli ice cream mixue.



Murah je, RM2 untuk 1 kon ice cream ni. Tapi agak manis juga la bagi aku.



Lepas dah puas jalan di mall, baru kami singgah beli kopi sebelum balik. Aku je yang beli kopi di Cafe Amazon, akak aku beli di Zus Coffee.


Iced Latte Amazon


p/s: Selamat berbuka semua..


You Might Also Like

0 comments