Salam.
Nak share dengan korang barang yang aku beli di Shopee baru-baru ni.
Barang ape tu? Mesti lah inai, seperti yang tertulis di tajuk entri ni.
Sebenarnya, dah lama berhajat nak beli inai di Shopee, tapi asyik terlupa je. Jadi hari tu, scroll la shopee cari inai mana yang best kan.
Ada banyak jenis inai dengan harga yang berbeza. Ada yang murah, ada yang mahal. Aku baca review yang mana okay.
Last-last aku pilih inai ni.
Harga 1 botol ni RM15. Tak sure la mahal ke murah ke.
Inai diletak dalam bekas ni. Barang sampai dalam keadaan baik. Bekas tu pecah time nak buka (kawan aku yang buka) haha.
Review aku:
Nak pakai tu kena picit kuat sikit botol inai tu. Tapi yang bestnye inai ni, dia cepat kering. Lebih kurang dalam 10 minit je.
Lepas tu dah boleh cuci.
Setakat ni dah pakai 2 hari, warna masih merah cantik lagi la.
Tapi takpe, kalau dah kurang merah, topup je lagi inai ni. Botol dia agak besar juga la, boleh pakai banyak kali.
Oh ya, semalam ada nurse dekat ward yang bawak inai picit yang untuk lukis inai di tangan tu. Kebetulan ada rakan sekerja aku yang pandai lukis inai tangan, apa lagi. Mintak dia tolong lukiskan inai di tangan aku la. Hehe.
Biasa buat di kedai je, tapi sekarang kan banyak kedai tutup. Jadi mintak tolong orang lukiskan aje lah.
![]() |
sila abaikan jari yang gemuks. |
Hasilnyaa.
Kalau nak cuba juga, korang cari je inai ni di Shopee. Bye!