Masih cerita semasa aku di Penang baru-baru ni.
Pagi sabtu lepas (13 Julai 2024), aku dan kakak aku, mak cik aku ke Pat Mat Western untuk tengok pertandingan memasak - Pat Mat Western BBQ Showdown. Kami ke sini nak support Mak Ngah kami yang masuk sebagai peserta.
Lama juga di sini, dari pagi sampai tengahari. Sementara tengok tu, aku dan akak aku sempat lagi beli Mat Coffee.
Hazelnut Latte RM5
Petang tu, aku dan akak aku ke A&W dan Bask Bear pula. Lama tak makan di A&W. Kami beli melalui drive thru je di A&W Batu Kawan.
Akak aku order Beef Coney Set. Air sebenarnya nak upgrade kepada float je, tapi dia upgrade dan juga tambah lagi 1 root beer float. Hmm, sabar je lah. Dah bayar & dapat resit baru perasan.
Kami memang nak order 1 set je, sebab nak rasa je. Perut masih lagi kenyang sebenarnya, sebab dah makan tengahari.
Aku makan 1 pinggan bihun goreng & sup ayam tengahari tu.
(sekarang tengah tapi entri ni rasa homesick pula, huwaa)
Root Beer Float A&W
1 minum dalam kereta, lagi 1 bawak balik rumah.
Tak sabar nak makan
Resit A&W
Lepas tu, singgah di Bask Bear pula. Nak cuba burger dia yang baru.
Lupa nak ambil gambar pula..
Salam.
Petang semalam aku try lagi kopi di Mat Coffee. Selagi belum balik ke KK, selagi tu la nak cuba semua kopi yang dijual di sana. haha.
Aku tunggu akak aku balik kerja petang semalam, terus kami ke sana. Nasib baik orang tak ramai beratur untuk beli kopi di situ.
Cuma lepas order tu kena tunggu dalam 10 minit macam tu baru kopi siap.
Sementara menunggu, aku ambil gambar sekitar situ. Masa ni nampak tak ramai orang, sebab baru ada geng motor yang ramai baru balik.
Kali ni aku nak cuba butterscotch latte pula, RM5 juga harganya.
Akak aku cuba iced chocolate + whipping cream (kena tambah RM2) = RM7
nak tengok menu Mat Coffee, boleh baca entri ni, aku ada letak gambar di sana.
Butterscotch latte & Iced Chocolate with whipping cream
dah dapat kopi, jom balik rumah.
Boleh je kalau nak jalan kaki, tapi malas. haha
p/s: Sempena tahun baru 2024 & tengah bercuti, ada pula mood untuk update blog hari-hari.
semoga mood untuk update blog sentiasa ada.
Salam.
Pagi semalam (hari terakhir tahun 2023), kami 3 beranak (ayah aku, akak aku & aku) breakfast di Pak Mat Western.
Ni hari kedua aku di Penang, balik sejak tengah malam sabtu weekend lepas.
Dah lama tak sarapan dekat sini, rasanya last aku makan dengan mak & akak aku di sini tahun lepas, masa aku balik raya puasa tahun lepas kalau tak salah.
Entri ni first time aku breakfast di Pak Mat Western, sebab nak cuba nasi lemak 90 sen dia atau orang sini panggil 9 kupang.
Alang-alang ke sini, aku nak cuba minum kopi Mat Coffee, coffee fancy tapi harga warung.
Untuk sarapan, aku makan Nasi Lemak Chicken Chop
Akak aku makan roti telur goyang & ayah aku makan roti kaya & nasi lemak 90 sen.
Dah siap order sarapan, kami order kopi di Mat Coffee. Pagi tak ramai orang sangat, jadi tak perlu beratur pon.
kami ke sana dalam pukul 7.30pagi, naik kereta tak sampai 5 minit dah sampai Pak Mat Western. Tapi masa kami sampai ni dah ramai juga la orang makan di sini.
saja nak posing
Aku cuba Iced Mocha - RM5
Akak aku cuba Hazelnut Coffee - RM5 juga.
Akak aku dah minum kopi di sini beberapa kali dah, aku je la yang first time nak cuba.
Menu yang ada di Mat Coffee
Sebelum balik, kami bungkus makanan untuk adik & mak aku juga.
Adik aku hujung minggu bangun lambat selalunya, mak aku malas nak makan dekat luar.
Nanti sebelum balik KK, aku nak beli kopi di Mat Coffee lagi la, sebab harga dia murah.
Yang biasa dok minum sekarang adalah Zus Coffee, tapi harga dia RM10+ untuk 1 cup. Selagi ada yang murah & sedap, kita beli selagi tak jemu. Haha
Happy New Year 2024 !