Salam.
Sabtu pagi semalam aku ke Bukit Padang lagi untuk hiking. Ni hiking pertama untuk minggu ni.
Minggu ni adalah minggu yang penat sebab busy dengan urusan pindah rumah.
Penatnya tu sampai aku siap selesema & batuk lagi.
Masa bangun pagi semalam, dah start sakit tekak, tapi sebab dah lama tak hiking kan, jadi pergi la hiking juga.
Tapi hiking sekejap je, tak training naik turun tangga di Bukit Padang pun, sebab badan masa ni tak berapa larat dah.
View pagi dari Bukit Padang
Gunung Kinabalu
Lepas tu singgah rumah lama kejap, sambil angkut sikit barang-barang yang nak bawak masuk ke rumah baru.
Kemudian, baru ke kedai Nasi Lemak Cyber untuk makan nasi lemak pula.
Nasi lemak + sambal ayam + sambal kerang + telur mata
Nasi lemak & lauk masing-masing
Selepas makan, tak balik rumah terus. Singgah beberapa kedai perabot dulu cari barang sampai lah petang.
Petang tu, memang lunyai la. Lepas mandi dan makan ubat, dapat la rehat sekejap.
Tapi masih tak settle lagi barang yang nak bawak untuk pindah ke rumah baru.
Aim untuk habis pindahkan semua barang sebelum hujung bulan ni, insyaAllah.
Nasib baik ada kawan-2 yang sudi tolong angkat dan beli barang sama-sama.
Salam.
Sabtu lepas, aku hiking di Bukit Padang dengan kawan-kawan aku.
Pagi tu lepas solat subuh, terus ke sana. Plan nak jumpa di Bukit Padang pukul 6.15 pagi. Tapi macam biasa la, ada la terlewat beberapa minit.
Mulanya, aku dengan Auni yang start hiking dulu. Fathin lambat sikit.
Kami naik sampai ke puncak dan turun balik, separuh jalan terjumpa Fathin, dan kami naik ke puncak semula.
Gunung Kinabalu sangat cantik pagi tu, walaupun tak berapa jelas sangat. Cuaca tak panas, ramai juga orang pagi tu.
View pagi di puncak Bukit Padang
Sunrise
Selfie dengan Gunung Kinabalu
Time nak turun, Auni turun dulu sebab dia ada kursus pagi tu. Aku dengan Fathin naik turun tangga di bawah pula sebelum turun dan balik.
Kami tak balik rumah terus, memang dah plan nak makan nasi lemak lepas hiking tu.
Kami nak makan di Nasi Lemak Cyber, Aeropod.
Sebelum turun, dah call Pini siap-siap, untuk jumpa di sana & breakfast sekali.
Nasi Lemak Cyber
Antara lauk yang ada
Aku makan nasi lemak berlaui ayam masak merah, sambal telur goreng & sambal kerang.
Minum teh tarik panas.
RM18.50
Alhamdulillah, kenyang dan sedap.
Sampai di rumah, rehat kejap dan tidur.
Salam.
Masih cerita pada bulan Feb yang lepas lagi.
10 Feb 2024 aku ke Bukit Padang untuk hiking lagi. Aku pergi seorang pada waktu pagi sebab hiking partner aku kerja pagi tu kalau tak salah.
Lepas hiking tu, plan nak makan nasi lemak.
Nasi Lemak Cyber nama nya. Dah lama tak makan nasi lemak ni.
Dulu ada 2 tempat kedai Nasi Lemak Cyber, iaitu di Cybercity dan juga Aeropod.
Biasa aku pergi tapau nasi lemak di Cybercity, tapi bila check di grabfood kedai dia closed.
Jadi aku drive ke Aeropod.
Rupa-rupanya kedai di Cybercity dah lama tutup. Cuma ada yang di Aeropod sahaja sekarang ni.
Jadi aku tapau 2 bungkus terus alang-alang.
1 untuk breakfast, 1 lagi untuk lunch haha.
Nasi lemak berlauk ayam masak merah
view dari Bukit Padang pagi tu
Bye!