Salam.
2 minggu lepas aku balik ke kampung di Penang. Hampir 3 bulan tak balik kampung. Bukan tak nak balik, tapi sebab PKP, nak balik susah. Raya pon di KK dengan rakan-2 senasib yang tak dapat pulang beraya dia kampung.
Asalnya aku plan nak balik Penang time raya haji nanti je. Tapi, aku balik awal sebab nenek aku sakit.
Malam rabu yang lepas ketika aku sedang berbuka puasa di Seoul Garden, Imago. Aku dapat call daripada ayah aku. Katanya nenek aku sakit teruk. Ayah aku siap video call lagi.
Masa tu aku teringat yang nenek aku pernah tanya bila aku nak balik kerja di Penang. Sebab kalau jadi ape-2 dekat nenek aku nanti, susah aku nak balik.
Alhamdulillah, masa tu hari ke 2 PKPP, dah boleh rentas negeri. Jadi aku terus mesej boss aku mintak izin untuk balik. Boss aku bagi green light, terus aku book tiket dari KK ke Penang. Rezeki aku, esoknya ada flight ada ke Penang.
Bulan ni tak banyak lagi flight KK-Penang. Ada 2-3 hari sekali je.
Ok, berbalik kepada tajuk entri ni.
Sekarang bila naik flight, hanya beg yang boleh letak di bawah seat je boleh bawak masuk ke dalam cabin.
Kalau tak, kena check in beg. Flight dari KK ke Penang, aku beli check in luggage even beg aku tak sampai 7kg pon.
Jadi flight dari Penang ke KK, aku tak ambil check in luggage. Sebab kalau luggage korang <7kg, boleh check in for free.
Lepas tu time boarding pula. Dia mulakan dengan seat paling belakang. Bermula dari Zone 2, 3 dan seterusnya zone 1.
Kalau tak sebelum ni zone 1-3-2. Sekarang mereka nak minimize contact dengan passenger lain, itu yang buat macam tu.
Then, kalau seat ko ada 2 orang, diorang bagi pindah seat yang kosong.
Flight balik ke KK, row aku penuh 3 orang. Pelik juga, sebab paling-paling 1 row 3 orang tu boleh duduk 2 orang je.
Tapi lepas tu boleh tukar ke seat yang kosong. Maintain social distancing.
Dalam flight ke Sabah, kita akan dapat 1 borang 'health declaration'. Kena isi borang tu untuk urusan di imigresen nanti.
Health Declaration Form |
Alhamdulillah, sekarang masuk ke Sabah tak diwajibkan ambil swab dan kuarantin 14 hari.
Fuh, lega! Tak sanggup nak kena ambil swab. Tak selesa katanya.
Selain tu, dalam plane kena sentiasa pakai mask kecuali ketika makan/minum je.
Hanya prebook meals sahaja ada.
Kalau tak, boleh beli minuman dengan snacks saja. Meals takde dijual dalam flight.
Ok, itu je lah bezanya sekarang bila naik flight time musim Covid dan masuk ke Sabah.
Hopefully kita dapat hapuskan Covid-19 dari muka bumi ni.
Tak sabar nak travel semula
------------------------------
Actually, entri ni aku taip masa dalam flight.
Kurang bernasib baik, masa tu ada rules baru. Semua pekerja kesihatan dan cikgu kena ambil swab dan kuarantin sehingga result swab pertama negatif.
Aku kena kuarantin beberapa hari sebelum mula bekerja.
First time kena ambil swab. Nasib baik tak sakit, cuma tak selesa je la.huhu
Cuma aku tak tau rules ni sampai bila. Adakah bulan june sahaja atau pun sampai hujung tahun?
huhuuuu.
harapnya bulan ni je lah. Dah la raya haji nanti nak balik lagi. Jenuh la kalau asyik kena swab.
K bye!