Salam.
Alhamdulillah. Dah masuk bulan Rejab sekarang. Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Terasa kejap sangat masa berlalu.
Jadi, sebelum terlambat baik ganti puasa bulan Ramadhan tahun lepas. Biasanya aku akan ganti puasa masa bulan Syawal. Ganti puasa sekali dengan puasa 6.
Tapi tahun lepas aku terpaksa ambil cuti lama - sebab EL (Emergency Leave) nenek aku sakit. Teringat lagi masa tu tengah makan dekat Seoul Garden - dapat video call dari ayah aku cakap nenek aku sakit. Masa ni actually cuti KKM staff masih dibekukan lagi, tapi bergantung kepada ketua department jugak. Kawan aku cakap dengan aku, balik je. Cuma tanya boss, dia mesti okay tu.
Aku pon mesej la boss aku, dan terus dapat greenlight untuk balik. Time tu juga aku beli flight ticket untuk esoknya. Dan Alhamdulillah, nenek aku dah sihat sekarang.
Nak cerita-nya di sini, aku dekat kampung time separuh bulan Syawal tu, jadi nya tak dapat habiskan puasa ganti. Sebab dah lama tak balik kan, jadi banyak betul senarai makanan yang nak dimakan.
Oh ya, last year tu aku sambut Hari Raya Aidilfitri dengan kawan-2 aku di KK, Sabah. Sebab risau nak balik waktu Covid yang teruk tu. Tahun ni pon rasanya beraya dekat Sabah juga la nampak gayanya.
Alamak.. dah terlari topik. Apa-apa pon, jom la kita berpuasa di bulan Rejab ni. Kalau dah habis ganti, puasa sunat pon boleh.
Gambar Hari Raya Aidilfitri Tahun 2020
Salam.
Just nak share dengan korang pasal Wahed Invest ni. Aku rasa Wahed Invest ni dah lama di Malaysia, cuma aku je baru tahu tahun lepas.
Once dah tahu, aku tak terus join tau. Ya lah, takut scam ke ape ke kan. Jadi, aku study dulu, baca betul-2 pasal investment app ni.
Tujuan utama aku join, mesti lah sebab nak dapatkan extra duit kan. Yang paling penting, ianya patuh syariah.
Nak main saham, aku tak pandai. Dan malas nak study. Jadi, selepas beberapa minggu aku kaji pasal app ni (takde la kaji sangat pon, haha), aku pon terus lah join. Nak daftar dia pon senang je, tapi makan masa beberapa hari juga lah untuk di'approve'.
Aku baca mengenai Wahed Invest ni di youtube ->TheHaikal
Lepas dah yakin pasal app ni, aku pon join lah. Mula la masukkan sikit demi sedikit duit dalam akaun Wahed Invest ni. Alhamdulillah, so far okay. Makin bertambah juga la. Walaupun kadang-kadang ada turun. Cuma tak pernah negatif lagi lah so far. Ianya robo advisor, so korang tak perlu buat apa-apa pun. simpan je duit situ, slowly dia akan berkembang sendiri.
Dengan memasukkan modal ke dalam akaun, anda menyerahkan dana untuk diuruskan oleh pihak Wahed Invest berdasarkan strategi portfolio yang dipilih.
Oh ya, Wahed Invest ni lebih kepada long term tau, bukan short term. At least 5 tahun simpan duit di sini, baru lah berbaloi nak keluarkan untung dia.
CARA DAFTAR WAHED INVEST
Cara nak daftar sangat senang. Dan ianya FREE.
1) Download apps Wahed Invest di google store/ apple store. Isikan details yang diperlukan. Kena upload IC korang tau. Ikut je step yang diberikan dalam apps tu. Kalau ada yang nak tau, aku buat tutorial next time ya.
2) Paling penting, jangan lupa masukkan code ni tau -> sitsal27 , korang dapat RM10, aku pon dapat RM10 jugak. Thanks in advance!
AKAUN WAHED INVEST AKU
Banyak boleh belajar daripada group ni tau. Aku akan buka dan baca di sini bila ada masa terluang.