Salam.
Cerita hari ni.
Aku postcall, jadi balik kerja awal daripada biasa.
Petang pergi airport, hantar kawan kerja yang balik for good.
Cuaca pon okay petang tadi, jadi aku pon niat lah untuk pergi hiking.
Tempat biasa aku pergi hiking di KK ni adalah Bukit Padang. Sebab bukit ni paling dekat dari rumah aku. Tak sampai 10 minit je jarak dia.
Tapi bergantung pada waktu juga la. Kalau waktu balik kerja, memang akan 'jam' juga lah walaupun dekat je.
Bukit Padang la bukit yang biasa aku naik. Sebelum ni aku tak pernah hiking sorang-sorang. Sebab stamina tak bagus sangat kan, so kena ada peneman la biasanya, atau pun orang yang akan bagi semangat.
Tapi sejak Jan 2021 hari tu, aku dah pandai pergi sorang-sorang. Aku ikut 'pace' aku sendiri. Tak perlu rush. Yang penting sampai ke puncak.
Tadi petang, aku gerak sebelum pukul 5petang dari rumah aku. Kalau lambat seminit dua, haa sangkutlah dalam 'jam'. Biasa kalau hiking petang, tak boleh keluar lambat, sebab takut hari dah gelap masa dekat atas nanti. Nak turun, susah pulak tu.
Tadi aku pergi sorang je, sebab kawan-kawan busy. Aku beranikan diri la untuk naik Bukit Padang sorang-sorang sebab risau juga kalau pening ke kena asthma attack ke, tak ke naya.
Tapi macam biasa, sebelum buat aktiviti, aku akan pump dulu MDI Salbutamol aku.
Dulu pernah tak guna sebelum jogging, tiba-tiba tengah jogging tu semput. Haa. Tak ke diri sendiri yang susah tu.
wajib ambil gambar satu, bukti dah sampai ke puncak. hehe
Aku nak melalui trail 6 dan berjaya sampai ke puncak dalam masa kurang 30minit. Alhamdulillah. Tak semput kali ni sebab aku ikut pace sendiri.
Kalau pergi dengan orang lain, kadang-2 rasa bersalah juga sebab kena tunggu aku kan.
InsyaAllah, akan diteruskan hiking demi mencapai berat badan ideal !
Pemandangan dari Bukit Padang.
Salam.
Ni cerita ahad lepas. Weekend lepas, hari ahad saja hari cuti yang aku ada. Hari sabtu satu hari di hospital join webinar online.
Jadi, hari ahad je lah yang ada untuk rehat dan hibernate. Mood nak masak pon memang tak ada, ke laut. Housemate aku pula oncall hari ahad tu, aku sorang-sorang je la kat rumah.
Aku order foodpanda je ahad lepas. Tengahari order chicken rice shop, malam makan masakan panas pula.
CILI PADI CAFE
Untuk orang yang tinggal di KK, mesti familiar dengan nama kedai ni - Cili Padi Cafe. Kedai makan ni berdekatan dengan HQE1 (Hospital Queen Elizabeth 1). Antara tempat yang aku selalu makan juga semasa bekerja sebagai houseman di HQE1 dulu.
Biasanya memang lama nak tunggu order siap bila dine in di sana. So, memang dah lama tak makan di situ. Tambah-tambah PKP pula kan.
Biasa aku akan order di foodpanda je. Tapi dia punya delivery fee untuk ke rumah aku dalam RM5. mahal benar. Jadi aku pernah la order sekali dua je. Sebab tak berbaloi delivery fee mahal sangat. Nak ke sana, lagi la malas.
Tapi sejak aku subscribe plan Foodpanda Pro, aku boleh order mana - mana kedai dengan minimum sebanyak RM25 dan dapat free delivery fee. Oh yeah!
Cuma bayar RM14.90 untuk sebulan, boleh dapat free delivery fee dan diskaun lain juga (ini bukan promosi ya, share suka-suka je). Hehe
SUP KAKI AYAM
Ni lah kaki ayam dia. Sedap!
Hari tu, aku order sup kaki ayam. Dah lama tak makan, macam teringin. Nak masak sendiri, malas. So, order je lah.
Ada orang tak suka makan kaki ayam. Tapi, aku suka. Cuma biasanya mak yang masakkan, jarang beli dekat luar, sebab takut tak cuci bersih.
Nasib baik kedai Cili Padi ni kaki ayam dicuci dengan bersih. Alhamdulillah. Kalau tak, maybe aku tak makan. haha
Selain tu, aku order Paprik Ayam dia. Omg, sedap! memang rasa macam semenanjung punya. Terubat sekejap rindu makanan semenanjung.
esoknya, hari isnin tu aku puasa. Tapi sebab sedap sangat paprik ayam dia. aku order lagi sekali. haha.
Bagi orang semenanjung yang tinggal di Sabah, dan nak cari masakan panas semenanjung, boleh lah order makanan di kedai ni ya. Recommended!