Salam.
Jom korang join giveaway ni.
Semua yang join akan menerima sekeping Kad Raya Limited Edition dari Shida Radzuan Blog.
Nyatakan perasaan korang dalam menyambut bulan Ramadhan & Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi
Tak sabar nak sambut bulan Ramadhan seperti tahun- tahun sebelum ni. Tapi bulan Ramadhan kali ni ingat nak cuba untuk diet sekali, sebab berat dah naik dengan banyaknya. InsyaAllah.
Tak sabar juga untuk solat Tarawikh pada bulan Ramadhan tahun ni. Walaupun hanya di rumah sahaja.
Selain tu, berharap sangat menyambut Syawal bersama keluarga di kampung. Tahun lepas sambut dengan kawan-kawan senasib di KK, Sabah. Tahun ni harapnya dapat lah balik. Semoga Covid-19 cepat hilang daripada muka bumi ni. Aminn.
Tamat 9 April 2021.
Salam.
Hari tu aku ada post mengenai Vaksin Covid-19 yang akan diterima tak lama lagi --> SINI.
Alhamdulillah, 11 Mac 2021 hari tu dah selamat terima vaksin Covid -19 dos yang pertama. Semuanya 2 dos ya.
Pengalaman menerima Dos Pertama Covid-19 Vaksin
10 Mac 2021 hari aku oncall. Seperti biasa, hari esoknya memang akan penat dan mengantuk lah. Itu normal, sebab kalau oncall tu maksudya ko bekerja 24jam hari tu.
Ada rezeki dapat lah tidur (good call orang cakap), tapi kalau 'jonah' tak dapat lah ko tidur langsung malam tu.
Tapi kalau tak busy pon, masih tak dapat tidur dengan lena jugak. Sebab dah mindset oncall kan. Kena standby 24 jam.
Alhamdulillah, malam tu aku dapat juga la tidur 3 jam tanpa diganggu.
Jadi esoknya tu macam tak sabar nak dapat vaksin Covid-19 dos yang pertama ni.
Nak cakap nervous tu, tak adalah nervous. Macam tak rasa apa-apa sangat. Sebab dah biasa kena vaksin sebelum ni macam vaksin influenza tu. Jadi rasa biasa je. Lagipun penat tu dan mengantuk tu ada juga, jadi kurang perasaan nervous.
Hari tu jam 8pagi, aku dan 2 orang kawan sekerja aku keluar awal daripada morning meeting. sebab kami kena ada di tempat vaksin 15 minit lebih awal.
Kena daftar, isi consent form untuk menerima vaksin. Kemudian kena key in beberapa details di apps Mysejahtera juga.
Lepas tu, kena jumpa dengan Dr dulu, untuk sign consent form tu dan juga jika ada sebarang pertanyaan mengenai vaksin ni.
Aku kejap je part ni, malas nak tanya banyak, sebab tahu Dr yang incharge part ni kena ulang benda yang sama sebanyak 150+ kali (lebih kurang 150+ staff yang divaksin setiap hari).
Lepas tu tunggu giliran untuk kena vaksin. Staff yang incharge vaksin covid-19 di hospital aku ni diambil daripada jabatan aku, jadi memang kenal lah semua orang.
Diorang siap mintak phone lagi nak ambil gambar dan rekod proses menerima vaksin ni. Comel.
Bagi aku, bila vaksin kena cucuk dekat bahu aku, aku tak rasa sakit langsung. Cuma rasa macam sakit sikit bila jarum dicucuk je. Bila vaksin di-inject, aku tak rasa sakit langsung.
Selepas vaksin, kena rehat selama 15 minit di zon pemerhatian dulu. In case ada allergic reaction (reaksi alahan) ke, side effect (kesan sampingan) ke.
Kalau yang ada sejarah alahan, kena tunggu lama sikit, lebih kurang 30minit.
Time menunggu ni aku dah start rasa mengantuk (tapi aku rasa ni sebab postcall effect). Dah siap vaksin, aku singgah makan dulu sebelum balik tidur.
Bangun tu, rasa lenguh sikit dekat tempat kena cucuk vaksin tu. Tak rasa kesan sampingan lain. Sakit badan ke, muntah ke. Takde, Alhamdulillah. Badan aku dapat menerima vaksin ni dengan baik.
HARI KEDUA
Hari bekerja macam biasa. Pagi tu rasa okay, macam biasa je. Cuma lenguh dan sakit di tempat vaksin tu lagi bertambah dari hari sebelumnya.
Sampai tengahari, aku rasa badan aku sangat penat dan seram sejuk. Nak balik rehat, tapi tak boleh sebab tengah kerja dan team ko tak cukup orang. Gagahkan juga la buat round, discharge patient dan lain-lain.
Lepas waktu kerja, rasa bagus sikit. Dah tak ada rasa penat tu. Cuma ada rasa penat bekerja dan happy sebab TGIF!
Balik tu aku siap pergi Imago kejap dan makan dekat luar sebelum balik rumah.
Alhamdulillah, lengan tempat kena cucuk vaksin tu dah tak sakit!
HARI KETIGA
Dah tak rasa sakit langsung lengan. Rasa macam biasa je.
Ok, next dose ataupun dos kedua aku akan terima pada 1 April 2021.
Dengar kata, side effect dia lagi tinggi dari dos pertama. Semoga dipermudahkan insyaAllah.