Salam.
Bermula hari ni, Sabah akan cuti 4 hari sempena Kaamatan sehingga hari selasa ni.
Kalau dulu sebelum Covid-19, mesti dah boleh balik Penang. Paling tak pon, boleh roadtrip sekitar Sabah takpun staycation.
Tapi sekarang apa pon tak boleh buat. Nak jalan-jalan pun tak berani, dengan kes Covid-19 yang mencanak naik setiap hari.
Nak kata stress, agak stress jugak la. Sebab nampaknya makin lama lagi la baru dapat balik ke kampung. Dah la dah berkorban tak balik masa raya hari tu. Tapi rupanya tak sangka ada juga yang selfish dan balik ke kampung menggunakan surat kebenaran palsu.
Jadi bila dengar PM umum mengenai 'total lockdown' bermula 1 Jun 2021 nanti, rasa lega jugak lah. Harapnya dengan 'total lockdown' , case Covid-19 akan semakin turun nanti. Aminn.
Semalam juga, dapat berita colleague aku positif Covid-19 gara-gara contact daripada orang yang melawat rumahnya semasa hari raya yang lepas.
Nasib baik aku bukan contact rapat, jadi tak perlu buat apa-apa lagi sekarang. Aku cuma doakan semoga colleague aku cepat sembuh dan keluarga dia yang lain semuanya negatif Covid-19 insyaAllah.
Ok, berbalik kepada tajuk kita. 4 hari long weekend ni, bukan lah 4 hari cuti bagi aku. Aku kena ganti kawan aku oncall hari isnin ni. Jadi untuk aku, cuti weekend ni cuma 2 hari ajelah.
Tapi bagus juga, tak ada lah aku kebosanan di rumah selama 4 hari. hehe.
#donebebelanpagini