Salam.
Hari ni hari pertama total lockdown.
Aku postcall hari ni. Malas fikir nak breakfast apa. Semalam dah order foodpanda. Hari ni tak tau nak order apa pulak. Nanti 1 jam scroll foodpanda tapi tak boleh decide.
Kat dapur ada bihun, ada dada ayam.
Jadi buat lah bihun goreng. Walaupun baru je makan last week, minggu ni craving lagi.
Bihun goreng simple. Letak apa yang ada je.
Telur mata + ayam goreng air fryer, timun.
Makan sambil layan drama korea.
dah kenyang, boleh la masuk tidur.
Dapat tidur juga malam tadi, tapi tak berapa lena dan asyik terjaga-jaga sebab oncall kan.
selamat berehat di rumah ya semua. keluar bila perlu saja.
#staysafe #stayathome
Bye!