Salam.
Dah berminggu baru nak update. Agak sibuk baru- baru ni. Weekend baru ada masa nak buka blog.
Syu suka baca blog Kak Amie sebab ada banyak resepi menarik yang Kak Amie selalu kongsi di blog Amie's Little Kitchen.
Selain tu, Kak Amie banyak share mengenai kuih muih Sabah. Semua kuih tu nampak sedap, ada yang pernah aku makan, ada yang belum pernah makan atau nampak pun.
Tu yang selalu singgah di blog Kak Amie. Rajin pula tinggalkan komen, dan Alhamdullilah, ada rezeki dapat RM50 daripada Kak Amie. hehe.
Lepas ni, makin rajinlah syu tinggalkan komen kat blog Kak Amie nampaknya. 😄
entri penuh --> sini
Thanks Kak Amie! Semoga makin dimurahkan rezeki. Amin.
Salam.
Selepas hampir 2 bulan Nasi Kandar Chombi tak buka order, minggu lepas tengok ada post katanya dah buka order.
Terus ak pm owner dia cakap nak join order. Lama tak makan nasi kandar. Terubat sikit rindu di kampung.
Jadi khamis lepas, aku pick up sendiri nasi kandar tu, dan sampai rumah je terus makan.
Hari rabu aku oncall, jadi khamis aku postcall. Boleh balik awal sikit untuk rehat.
Macam biasa, aku order set nasi kandar standard.
Ada ayam goreng, kari daging seketul besar, telur rebus dan 2 bendi rebus.
Kalau nak add on boleh, cuma aku rasa lauk ni pon dah cukup banyak untuk aku.
Harga? RM13. Bagi aku, sangat berbaloi sebab rasa dia sedap.
So, korang yang sekitar KK, nak rasa nasi kandar ni, silalah order ye.
p/s: weekend ni tak oncall, jadi nak blogwalking lah. hehe.
Bye!