Salam.
Minggu lepas ada pre-order nasi ganja oleh seller nasi kandar yang aku selalu makan.
Tak pernah cuba nasi ganja, jadi terus lah order.
Order minggu lepas, untuk hari selasa minggu ni. Aku order 5 bungkus terus. 1 bungkus untuk aku, 4 bungkus lagi untuk kawan-kawan aku. Saja belanja mereka, rindu nak makan makanan orang semenanjung kan.
Beza dengan nasi kandar rasanya cuma nasi dia. Lauk pauk dia sama je macam nasi kandar yang aku order sebelum ni.
Nasi ganja. Ada cili hijau juga.
Nasi dia je yang lain dan semestinya sedappp. Memang kena dengan tekak aku. Tapi harga dia mahal RM3 dari harga nasi kandar standard la, iaitu RM15 sebungkus.
Macam biasa, aku guna khidmat grab express je untuk ambil makanan tu dan hantar ke hospital.
Kalau tengahari nak keluar ambil sendiri terpaksa la menempuh jem dan juga panas. Baik guna khidmat grab express je, jimat tenaga dan masa. Lagipun, agak sibuk juga masa tu.
Korang yang tinggal di KK, Sabah nak cuba nasi ganja ni. Silalah follow ig atau fb Nasi Kandar Chombi. Anytime je dia akan buka untuk pre-order. Sekarang cepat betul dah sold out, so kena lah sentiasa alert ya.
p/s: ni entri tulis malam tadi. Minggu ni busy macam biasa, harap weekend ni sempat lah blogwalking ya.