Salam.
Minggu lepas ada pre-order nasi ganja oleh seller nasi kandar yang aku selalu makan.
Tak pernah cuba nasi ganja, jadi terus lah order.
Order minggu lepas, untuk hari selasa minggu ni. Aku order 5 bungkus terus. 1 bungkus untuk aku, 4 bungkus lagi untuk kawan-kawan aku. Saja belanja mereka, rindu nak makan makanan orang semenanjung kan.
Beza dengan nasi kandar rasanya cuma nasi dia. Lauk pauk dia sama je macam nasi kandar yang aku order sebelum ni.
Nasi ganja. Ada cili hijau juga.
Nasi dia je yang lain dan semestinya sedappp. Memang kena dengan tekak aku. Tapi harga dia mahal RM3 dari harga nasi kandar standard la, iaitu RM15 sebungkus.
Macam biasa, aku guna khidmat grab express je untuk ambil makanan tu dan hantar ke hospital.
Kalau tengahari nak keluar ambil sendiri terpaksa la menempuh jem dan juga panas. Baik guna khidmat grab express je, jimat tenaga dan masa. Lagipun, agak sibuk juga masa tu.
Korang yang tinggal di KK, Sabah nak cuba nasi ganja ni. Silalah follow ig atau fb Nasi Kandar Chombi. Anytime je dia akan buka untuk pre-order. Sekarang cepat betul dah sold out, so kena lah sentiasa alert ya.
p/s: ni entri tulis malam tadi. Minggu ni busy macam biasa, harap weekend ni sempat lah blogwalking ya.
Salam.
Ternampak resepi ni dekat blog Busyra. Kebetulan ada beli kangkung hari tu. Tapi tak guna lagi.
So, dapat idea untuk buat nasi goreng kangkung. Jadi lah untuk breakfast weekend ni.
Simple-simple je, sebab sorang je yang makan pun.
Housemate diet, so makan sorang je lah. Haha.
Terasa sihat, sebab banyak kangkung..
Ada baki lagi. aku simpan dalam tupperware, boleh makan untuk breakfast esok.
Resipi simpan sini senang untuk rujukan aku semula nanti. haha
Bahan- bahan
Nasi
Kangkung
Telur (aku guna 4 biji, sebab isi ayam dah habis)
Daun bawang (aku guna ni sebab ada banyak baki lagi, nak habiskan haha)
Cara Masak
1. Masukkan minyak, tumis daun bawang.
2. Pecahkan telur dan kacau.
3. Masukkan nasi, kangkung dan garam secukup rasa. Kacau lagi.
4. Siap!
p/s: korang makan apa hari ni?