Salam.
Setelah lama tak staycation, akhirnya dapat juga staycation weekend lepas.
Nak cakap adhoc plan, tak lah adhoc sangat. Kami rancang seminggu sebelum tu.
Harga sebuah villa pon tengah promosi sekarang, Alhamdulillah.
Ni dah kali ke 4 tak salah aku kami staycation di sini. Memang cantik sangat tempat ni tau, iaitu
Borneo Beach Villa, Karambunai, Sabah.
Kami ambil villa beachfront. So pantai memang betul-betul depan villa korang.
Ada 2 bilik di villa ni. 1 master bedroom (katil king), 1 lagi bilik ada 2 katil super single.
Toilet pon ada 2. 1 toilet besar sekali dengan bath tub dalam master bedroom.
1 lagi toilet luar dekat dengan bilik yang lagi satu tu.
Toilet dalam master bedroom. Besar sebenarnya, tapi ambil gambar sini je. Haha.
Ruang tamu dia besar juga. Ada sofa/ kerusi untuk baring - baring di situ.
Buka je pintu, angin pantai masuk sepoi sepoi bahasa ditambah pula dengan bunyi ombak yang amat tenang.
Ada TV juga disediakan. Biasanya kami tak menonton TV pon, tak banyak pilihan channel yang ada. Selain tu, ada aktiviti lain yang boleh dibuat.
Contohnya, tengok movie mengunakan laptop, main game, dan sesi jamming.
Aku biasa tengok je kawan-kawan aku jamming. Nak join, memang tak lah, sebab tak pandai nyanyi dan tak banyak lagu yang aku tau.
Dan yang bestnye, ada private pool attach di sebelah villa ni ya. Tak la besar sangat, tapi memang ada privasi la. Mandi kolam la sepuas yang korang mau. Nak berendam berapa lama pon orang tak kisah.
Di luar villa pula selain private pool, ada ruang luar yang berbumbung ala-ala gazebo. Kat situ ada meja dan kerusi. Ada lampu dan kipas angun juga. Memang lengkap la semuanya.
Lupa nak ambil gambar haha.
Last sekali, part dapur. Ni antara part yang paling penting. Untuk memastikan makanan sentiasa ada.
Ruang dapur
Kawan aku yang sorang ni (Eddy) memang suka sangat memasak. Dia akan make sure cukup semua meals.
Dia dah siap masak makanan untuk lunch, dan prep makanan untuk dinner & breakfast esoknya. Memang terbaik lah. dah la sedap pula tu.
Dapur dia ada semua perkakas dapur contohnya, kuali dan periuk. Set sudu, garfu. Gelas.
Tapi barang makanan untuk memasak memang tak ada langsung. Tu semua kena bawak sendiri (garam, gula, sos cili, dan sebagainya).
Waktu check in jam 3pm, dan check out jam 12pm.
Tapi hari tu kami dapat check out lambat jam 3pm juga. Sebab tak ramai lagi orang yang datang sini. Zaman covid kan.
Oh ya. 1 rumah ni maksimum 6 orang je.
Tapi sangat berbaloi la bagi aku dengan harga dia.
Korang yang datang Sabah, boleh la consider untuk stay di sini. 1 malam pon dah okay sangat.
Tapi kalau nak lagi best, at least 2 malam la. Haha.
Oklah. Nanti aku share gambar sunset yang diambil di sini. Memang sangat cantik tau.