Salam.
Hari ni aku postcall. Balik rumah awal sikit dan dapatlah tidur dalam 2 jam macam tu.
Terbangun sebab alarm (nasib baik pasang alarm), pastu cuba tidur balik tapi tak dapat pula sebab ada jiran tengah repair rumah kot (macam macam bunyi ada). Terus tak dapat tidur balik. Geram juga la. Tapi tak boleh nak marah la, sebab diorang buat kerja tu waktu siang, bukan waktu malam pun. Cuma sleep cycle aku je yang lari. Haha
Hari ni walaupun postcall, kena pergi balik ke hospital. Untuk rehearsal program (virtual je) besok. Nak dekat pukul 8malam tadi baru selesai.
Tapi esok kena datang awal lagi untuk set up semua, pukul 7 pagi dah kena ada sana.
Sebelum balik tadi, singgah kejap di wad untuk solat dan pulangkan kunci klinik.
Rezeki hari jumaat, ada makanan extra keluarga pesakit bagi untuk staff. Ada banyak lebih, apa lagi, ambil la kan.
Tak payah fikir dah malam nak makan apa.
Bukan ada makanan je tau, ada snack juga dan ada buku surah Al-Kahfi dan terjemahan bersama dengan zikir counter.
Alhamdulillah, rezeki..
dalam 1 beg plastik ada semua ni..Banyak kan..
Terima kasih la kepada keluarga pesakit tersebut, semoga pesakit tersebut cepat sembuh ya. Aminn
dan doakan semoga program kami berjalan dengan lancar esok ya..
Terima kasih..
Bye!
Salam.
Kalau dah staycation, mesti dah menjadi kewajipan untuk tengok sunset di sini.
Ada banyak tempat sunset yang cantik di Sabah tau.
Antaranya, di Karambunai ni lah. Tempat yang aku staycation last weekend.
Kebiasaanya, aku tengok sunset di Tanjung Aru, tak pun di Tanjung Lipat. Sunset di Tanjung Aru pon tak kurang juga cantiknya tau. (Tiba-tiba rindu pula nak ke Tanjung Aru, tak jauh pon dari rumah aku, dalam 15 minit je. Tapi sejak PKP ni tak pernah pergi sana dah. huhu.)
Sunset di Marriot Hotel KK pon cantik juga tau.
Nanti aku scroll balik phone aku, untuk tengok gambar sunset di Tg Aru yang pernah aku ambil sebelum ni. Memang sangat cantik tau. (ni lah antara sebab aku masih di Sabah, walaupun jauh dari family di Penang, sebab banyak sangat tempat cantik).
Gambar ni diambil dalam jam 5 petang lebih. Matahari masih dekat atas lagi..