Salam.
Ni cerita hujung bulan Oktober yang lepas. Baru sempat nak update entri.
Seminggu sebelum tu, aku ada isi borang online google untuk dapatkan appointment booster dose vaccine ni.
Booster dose vaccine ni boleh diambil selepas 6 bulan dari dos kedua.
Aku dapat appointment pada 27 Oktober 2021. Bukan daripada apps Mysejahtera. Tapi aku dapat tau daripada group whatsapp kerja.
Sehari sebelum appointment, baru apps Mysejahtera aku update pasal appointment ni.
Aku agak nervous juga nak ambil booster dose ni, sebab kebanyakan yang amik mengalami side effect (kesan sampingan) yang agak teruk la.
Demam, sakit-sakit badan, sakit kepala, mengantuk dan sebagainya.
Tapi, aku gagahkan juga untuk ambil, sebab kerja di hospital dan berisiko tinggi.
Jadi pagi tu aku dengan kawan aku pun pergilah ke tempat untuk vaksin. Macam biasa, kena daftar dulu, dan check tekanan darah.
Lepas tu, tunggu giliran untuk kena jab (cucuk). Staff dia siap offer nak ambil video, tapi aku malas. Haha.
Lepas kena cucuk tu, tak rasa apa-apa lagi. Boleh siap ambil gambar lagi semasa waktu pemerhatian selama 15 minit tu.
Tapi malam nya, aku dah start rasa penat. Tangan dah mula bengkak. Badan dah start sakit, rasa sejuk macam demam.
Aku oncall malam tu, tapi nasib baik boleh tahan lagi. Cuma keesokannya tu, tak dapat tahan dah. Rasa badan sejuk gila (chills) dan sakit-sakit badan. Satu hari tu aku baring je atas katil.
Hari ketiga post vaccine, tangan masih bengkak, badan rasa sakit-sakit lagi tapi dah kurang sikit berbanding hari kedua.
Hari keempat, tempat cucuk vaksin tu masih bengkak. Rasanya dalam 5 hari juga la, lepas tu dah tak bengkak.
Kesimpulannya, kesan booster dose vaksin ni lebih kurang dos kedua hari tu. Cuma bengkak di tangan (tempat vaksin) tu yang lama sikit nak hilang.
Boleh baca:
Bye!