Salam.
Kalau balik semenanjung kan, lepas tu nak balik ke KK mesti tak akan lupa beli roti Gardenia.
Kat Sabah takde roti Gardenia ke? Actually ada je, cuma rasa dia lain, agak keras berbanding roti Gardenia di Semenanjung.
Aku pon tak tau kenapa.
Jadi setiap kali balik dari semenanjung, mesti akan bawak bekalan roti Gardenia ni. Kalau nak bagi dekat orang, memang banyak la aku borong.
Tapi kalau untuk sendiri makan, aku beli 2-3 bungkus je. Nanti tak habis, membazir pula.
2 hari lepas kawan aku balik dari Penang, dia tanya nak roti Gardenia tak.
Aku pon, dah orang offer, mesti lah nak kan. Haha. Rezeki jangan ditolak kan.
Mula-mula aku cakap beli la 1-2 bungkus je. Lepas tu dia tanya sure ke? Then aku cakap beli la mana yang ko boleh bawak, nak beli banyak pon takpe haha.
Sebab ada orang pesan dengan dia juga roti Gardenia ni, tak nak la susahkan pula.
Pagi tu, tengok tengok dia bagi 1 plastik roti Gardenia. Ok la, cukup untuk makan seminggu haha.
Aku suka Gardenia sambal bilis, tapi habis pula.
Jadi aku pilih kari ayam dan juga jagung.
First time try kari ayam ni, rasa dia biasa je. haha
Jagung memang dah selalu makan, sedap macam selalu.
Ni pun tak pernah try sebelum ni. Butter Sugar Nanti baru nak cuba.