Salam.
Baru je makan yogurt llaollao tadi.
Hari ni ada diskaun 33%. Aku tak tau pun, kawan aku yang bagitau.
Apa lagi, jom la kan makan yogurt. Terubat rindu nak makan yogurt dekat Kundasang.
Aku pergi llao llao di Suria Sabah je, lepas balik kerja terus singgah sana.
Jalan tak 'jam' sangat, cepat je sampai situ.
Masuk je dalam Suria Sabah Mall, terus ke tempat yang nak dituju - llaollao.
Lepas beli, singgah Watsons dengan Guardian kejap sebab nak cari self test kit untuk Covid-19 tapi semua sold out.
Ramai yang borong maybe, sebab hari ni je kes Covid-19 dekat Sabah dalam 5000+, di KK je dah 1000 kes. Alahai..
Tak jumpa benda yang nak cari, terus balik. Makan llaollao dalam kereta je. Risau..
Beli 1 je, tak sure harga berapa, kawan aku yang bayar haha.
nak focus gambar yogurt, tapi terfocus gambar kedai pula..
Ni lah offer yang aku maksudkan.
Hari rabu minggu ke-3 setiap bulan. Dari pukul 1pm-7pm je.
llao llao @ Suria Sabah
B, Suria Sabah Shopping Mall, 1, Jalan Tun Fuad Stephen,
Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Bye!
Salam.
Tak habis-habis lagi aku dengan minuman Majeztea ni.
Kalau dah suka, memang akan repeat selalu. Dah muak nanti, tak beli dah la. haha.
Macam aku cerita dalam entri yang lepas, 2 kali aku minum Majeztea.
Minuman yang sama juga iaitu Milk Tea with Cheese.
Minum sejuk-sejuk, memang sedap..
Ni beli hari selasa lepas, Milk Tea with Cheese half sugar
Time ni dekat klinik, ada waktu rehat. Sambil makan tu, layan la kejap drama korea All of Us Are Dead.
Ni pula hari jumaat lepas, Milk Tea with Cheese normal sugar
Harap-harap minggu ni tak terbeli lah ya.
Semalam buat blood test, risau asyik minum air manis je. Nasib baik okay. haha.
Aku memang selalu buat blood test check kadar gula, kadar kolesterol dalam darah at least 6 bulan sekali.
Nasib baik normal setakat ni (risau sebab ada strong family history kencing manis).
ok, bye!