Salam.
Ada aku cerita dalam entri sebelum ni yang baik aku Inah datang melawat aku di KK.
Jadi, antara menu yang di'request' sebelum ni ditunaikan satu-satu.
Masa dia di KL, selalu dia share gambar karipap pusing yang dibuat.
Aku dah pesan awal-awal, nanti datang KK jangan lupa buat tau!
Dan Alhamdulillah, dapat juga makan karipap pusing buatan kawan baik aku yang dia sendiri gelar Karipap pusing Cik Inah, haha.
Ok jom tengok gambar karipap pusing ni.
Katanya tak berapa nak jadi pula kali ni.
Tapi yang penting, rasa dia sedap!
Di sebelah karipap tu ada segelas air Vit C (aku kerap minum sekarang, sebab kadang-kadang tu rasa nak demam je setiap kali dengar kawan kena Covid).
Ok bye!
Salam.
Minggu ni kawan aku Inah datang ke KK, Sabah. Dia akan stay di sini selama 2 minggu.
Jadi, semalam kami ke pasar, beli makanan laut (udang, ikan, sotong, ketam) dan juga daging.
Semangat nak masak macam-macam, siap ada list lagi.
Tapi Inah la yang masak, sebab aku kerja macam biasa. Kerja dia flexible, sebab tu boleh tinggal di KK lama sikit.
Sambil bekerja, sambil cuti juga.
Tadi pagi pergi hiking di Bukit Padang setelah berbulan lamanya tak ke sini sejak tahun lepas.
Ni pula kali pertama aku hiking selepas turun daripada Gunung Kinabalu awal bulan lepas (tak sempat buat entri lagi, sebab masih sedih tak dapat puncak disebabkan cuaca yang kurang baik).
Ok, berbalik kepada tajuk entri.
Lepas hiking, aku terus ke dapur masak nasi goreng seafood + ayam. Simple, sedap (kata Inah) dan mengenyangkan.
Nasi goreng seafood. Di sebelah tu ada bunga lily. Baru satu kopak yang berkembang.
dari sudut lain pula.
*ada treadmill hiasan di situ (dah lama tak guna) haha
Selamat menjamu selera..