Salam.
Lama tak update blog. Ada banyak benda nak update, tapi tak sempat nak tulis entri.
4 hari yang lepas aku roadtrip ke 2 daerah, Kudat dan Kundasang.
1 malam di Kudat, 1 malam lagi di Kundasang pula.
Kawan aku ada datang KK, maka terjadilah roadtrip ni. Nak cakap last minute, tak ada lah last minute sangat, sebab sempat book hotel dalam masa seminggu sebelum roadtrip.
Ok, yang pasal roadtrip ni aku cerita next entri lah ya.
Hari ni nak cerita pasal late lunch tadi.
Rajin pula nak masak nasi goreng, teringat ada beli bertin-tin sardin minggu lepas. Beli sebab kawan aku Inah nak buatkan karipap sardin, tapi tak sempat pula dia. Jadi ada la lebihan tin sardin yang banyak.
Maka, terjadilah menu lunch hari ni iaitu nasi goreng sardin.
First time buat, nasib baik sedap juga 😂
NASI GORENG SARDIN
Minum bersama secawan kopi sejuk.
Bye!