Salam.
Ni kisah semalam. Asal balik Penang je, mesti aku dan akak aku akan cari makanan yang best untuk dicuba.
Dim Sum ni antara makanan kegemaran akak aku. Sebelum ni dah pernah makan di Ipoh & Bayan Lepas.
Baru-baru ni pula ada ternampak di facebook diorang buka cawangan baru dekat Butterworth, Penang.
Itu yang nak cuba di branch sini pula.
Kalau ikutkan, Canning Dim Sum Express di Butterworth & Bayan Lepas ni, jarak dia sama je dari rumah aku. Bezanya, kalau nak ke cawangan Canning Dim Sum Express di Bayan Lepas, kena naik Jambatan Pulau Pinang.
Lagi pon tak pernah cuba makan di cawangan Butterworth ni, jadi ke sana je la kali ni.
Canning Dim Sum Express Raja Uda ni agak kecil berbanding di Bayan Lepas.
Masa kami datang ni tak berapa ramai lagi pelanggan. Tak lama kemudian, ramai orang datang.
Ada 1 family yang besar ni, masuk dan keluar balik sebab tak cukup tempat (tempat cukup je bila gabung meja, tapi maybe tak selesa kot).
Macam biasa, tengok menu dan tulis order.
Aku order dimsum favourite aku je, kang nanti order yang jarang/ tak biasa makan tak sedap pula.
Beancurd Skin Prawn
Antara dim sum yang wajib order di sini.
Aku cuba Zha Jiang Mien.
Tapi kecewa sebab tak seperti di dalam gambar menu.
Nak tunggu makanan siap lebih kurang 10 minit juga la.
Bila 1 makanan sampai je, terus makan sebab tak breakfast lagi pagi tu.
Fried Radish Cake yang sampai dulu.
Start makan ni dulu slow-slow sambil tunggu order lain sampai.
Grilled dumpling (biasa je) & Smoke duck roll (antara yang wajib order bila datang sini)
Oh ya, ni la robot yang hantar makanan kami.
Char Kuey Teow
Ni order tambahan, jadi menu terakhir yang sampai.
Rasa dia ok-ok je, maybe sebab dah kenyang time ni.
Total hangus - termasuk dengan takeaway.
Aku & kakak aku
Muka happy dapat makan.
Bye!