Salam.
Antara makanan yang nak dimakan semasa cuti raya haji ni semestinya durian!
Musim durian dah masuk sejak beberapa bulan lepas lagi.
Terus teringin nak makan. Alang-alang nak balik raya haji ni, mestilah kena makan durian juga.
Aku dah bagitau mak ayah aku siap-siap, nanti balik aku nak makan durian.
Dekat KK macam tak banyak je durian, tu yang kena balik Penang juga untuk makan durian ni.
Aku tak makan banyak sangat pon durian, sekadar nak rasa je. Asalkan dapat sekali je dah cukup.
Ayah aku balik kerja sehari sebelum raya haji baru-baru ni (hari sabtu lepas la senang cerita), dia belikan 2 plastik besar buah durian.
Durian kampung dan juga durian kahwin.
Harga 2 plastik tu kalau tak salah aku, tak sampai RM100 pun.
durian kahwin
Tak berapa manis sangat, tapi jadi lah..
Jom makan..