Salam.
Sambungan daripada entri ni --> Umea Glam, Kundasang
Di Umea Glamping, ada 4 buah dome.
Abisko, Kiruna, Gallivare dan Narvik.
Kami ambil 2 buah dome - Gallivare & Narvik.
Gallivare Dome, Umea Glam
Gallivare dome besar sikit, muat 4 orang.
Ada 1 katil queen
Narvik Dome, Umea Glam
Narvik kecil sikit dome dia. Aku rasa la. Tapi bila tengok balik, sama je saiz, haha.
Dan ada 2 single bed.
Setiap dome dia ada bagi extra tilam. 2 tilam.
Sebab maximum satu dome untuk 4 orang sahaja.
Toilet
Toilet ada di luar dome, dekat je dengan pintu.
Di luar pon ada sinki juga, lupa nak ambil gambar.
Di tempat registration ada peti ais. Boleh simpan barang di situ. Tapi 1 peti ais kongsi dengan orang lain la.
Ok la, till next glamping trip!