Salam.
Lamanya tak update blog. huwaa
Macam biasa, agak sibuk dan mood nak update blog tu takde.
Time cuti macam ni je ada masa dan ada mood haha.
Hujung minggu yang lepas kami sekeluarga ke Melaka. Dah lama tak jalan-jalan satu family, tak ingat bila kali terakhir jalan sekali ke tempat jauh.
Last family trip pada tahun 2019, masa tu ke Langkawi, tapi adik aku tak ikut sekali. Tapi kali ni kami 5 beranak dapat jalan sama-sama ke Melaka.
Idea nak ke Melaka ni daripada akak aku, mula-mula nak ke Cameron Highland. Bila fikir balik, mesti hujung minggu di Cameron Highland sangat lah sesak dengan orang dan jem. So tukar tempat pergi ke Melaka pula.
Kali terakhir aku ke Melaka semasa belajar di UKM dulu, pergi dengan kawan-kawan. Rasanya lebih 8 tahun yang lepas. Walaupun kawan baik aku orang Melaka, tak sempat lagi ke Melaka semula kecuali hujung minggu lepas.
Aku balik ke Penang dari KK pada hari jumaat. Sampai di Penang Airport, kawan baik aku Inah yang ambil di airport. Lepas tu pergi makan nasi kandar.
Sampai di rumah aku dalam pukul 12.30 tengah malam. Tidur sekejap, 3 pagi dah bangun dan bersiap-siap untuk bergerak ke Melaka.
Ayah aku ajak gerak awal pagi, sebab nanti boleh sampai awal sikit. Kami pergi 2 hari 1 malam je. Ayah dan adik aku tak dapat ambil cuti lebih.
Kami gerak dari rumah (Bukit Mertajam) dan berhenti makan pagi di R&R Jejantas Sg Buloh.
Aku makan nasi goreng + ayam goreng. Boleh tahan sedap juga.
Ayah aku makan nasi lemak dan roti bakar di situ. Sedap kata ayah aku.
Sebelum meneruskan semula perjalanan, beli Starbucks dulu. Adik aku nak Starbucks, nak bagi tak mengantuk sebab nak bawak kereta katanya. Aku pon layankan aje lah.
aku pon beli juga lah 1 untuk aku. hehe
Sampai di Melaka lebih kurang dalam 10 pagi. Ada beberapa kali juga berhenti di R&R untuk ke tandas dan beli jajan buat bekal dalam kereta.
Antara tempat yang kami pergi melawat dan makan-makan;
Galeri Lebah Melaka
Asam Pedas Hajah Mona
Pantai Klebang
Kuih Keria Antarabangsa Hjh Rahmah
Mukmin Ikan Bakar
Nasi Dagang
yang tu je sempat pergi. Nanti aku update next entri ya..