Salam.
Happy weekend semua. Minggu ni aku tak ke mana-mana, jadi ada masa di rumah.
Semalam (sabtu), aku ke Centre Point untuk derma darah. Memang dah sampai masa (setiap 3 bulan) untuk menderma darah. Biasanya aku derma darah di HQE2 je. Tapi alang-alang tau ada big blood donation drive, tunggu je lah derma di sana. Biasanya akan dapat banyak goodies.
tengahari semalam aku dan kawan aku pon ke Centre Point untuk menderma darah di sini. Orang agak ramai masa ni. Tapi katanya, ramai lagi sebelah pagi tadi nya.
Macam biasa isi borang, dan check darah merah (hb) dan tekanan darah. Alhamdulillah, lepas semuanya. Pernah beberapa kali juga aku tak lepas untuk derma darah sebab hb rendah (tapi masa tu aku derma darah 2 bulan sekali la. lelaki je yang boleh derma darah 2 bulan sekali sebab setiap bulan tak ada blood loss.)
Kali ni pon sekali cucuk je dah berjaya dapat. Darah pon mengalir dengan laju, jumlah 450mls sahaja. Setakat ni kalau derma darah biasanya okay, tak pening. Pernah sekali je dulu beberapa tahun lepas aku derma darah dan pening. Kena duduk dan rehat lama sikit baru lah okay.
dah siap derma darah, beratur pula dan ambil sijil. Best juga dapat sijil, boleh simpan. Kalau tak ada event macam ni, tak dapat lah sijil.
Ni lah goodies yang aku dapat.
ni yang dalam beg merah tu.
Ni lah semua barang yang ada dalam 1 beg tu.
Kalau penderma yang menderma lebih 20 kali ke atas, akan dapat 1 lagi extra bag dan nama diorang akan dipanggil atas stage.
Aku dah lebih 20 kali, tapi buku sebelum ni hilang. Buku sekarang sampai 19 kali je. Takpelah, tak ada rezeki.
Salam.
Semalam nampak dekat IG story kawan aku hujan lebat tak berhenti-henti di Penang.
Lepas tu bangun pagi tadi akak aku send gambar banjir di kawasan rumah aku.
Rumah aku di Bukit Mertajam. Dekat situ macam ada beberapa tempat yang banjir kalau tak salah.
Dah lama tak hujan lebat macam ni sampai banjir.
Nasib baik air masih belum masuk rumah mak aku lagi. Tapi rumah jiran/ relatives aku yang rendah sikit dengar-dengar dah masuk air.
Jenuh la nak cuci nanti.
Banyak kali juga masa kecil dulu kawasan rumah aku banjir. Dulu, rumah aku selalu masuk air kalau banjir sebab rendah. Lintah di sana sini. Aku ingat lagi lintah pernah naik sampai ke paha aku.
Mula-mula mesti la jerit dulu, lepas tu tarik keluar lintah dan letak dalam baldi yang ada air sabun. Geli tu memang geli juga la. Padah suka mandi air banjir masa kecil-kecil dulu. haha. Pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Harap-harap banjir akan segera surut dan tak makin teruk. Aminn.