Salam.
Weekend lepas aku ada tulis dalam entri ni yang aku ke Centre Point untuk derma darah.
Aku lupa nak cakap dia ada lucky draw juga tau, dan ada hadiah handphone Samsung Galaxy.
Aku tau pasal lucky draw ni daripada kawan aku Pini yang bertugas untuk event hari tu.
Aku dengar-dengar macam tu je lah, sebab selama ni jarang betul menang lucky draw.
Semasa ambil goodies lepas menderma darah pada hari tersebut, dia akan bagi beberapa kupon. Ada kupon minuman, makanan dan juga kupon cabutan bertuah.
Ingatkan kena tunggu di sana untuk dengar pengumuman cabutan bertuah, tapi rupa-rupanya tinggalkan no telefon je di sana, in case kalau menang diorang akan call.
Masa tu kan aku agak sedih sebab dapat 1 goodies bag je. Sebab orang yang menderma 20 kali ke atas akan dapat extra goodies bag, tapi kena tengok rekod di buku derma darah tu la. Buku aku pernah hilang, jadi di buku baru ni sampai no 19 je. Tapi aku ok je, yang penting dah berjaya derma darah untuk kali ni.
Tup tup hari selasa baru-baru ni aku dapat call dari bahagian management Centre Point, katanya aku menang lucky draw blood donation minggu lepas. Nasib baik aku angkat panggilan, sebab biasanya kalau nombor yang aku tak kenal, aku jarang angkat terutamanya ketika tengah bekerja. Rezeki kan. Alhamdulillah.
Aku pon tanya la apa yang aku menang kan. Dan aku menang...
Samsung Galaxy A23 yang berharga RM999.
Alhamdulillah. Memang tak sangka boleh menang cabutan bertuah ni. Jarang sangat nak bertuah haha.
Esoknya, aku pon pergilah ke Centre Point untuk mengambil hadiah cabutan bertuah tu. Aku ingat orang tu cakap datang je tingkat 9.
Aku pergi tingkat 9, cari bahagian management. Kena bagi IC dan nombor cabutan bertuah. Nasib baik masih simpan lagi nombor cabutan bertuah tu.
Aku menang 5th prize.
Kena ambil gambar, jadi aku mintak diorang tolong aku ambil gambar juga. Simpan sebagai kenangan.
Terima kasih penaja hadiah - Ching Ann Sabah Sdn Bhd
Lepas tu kena ambil voucher dan pergi redeem di kedai Samsung di bawah. Dia tak bagitahu pon kedai mana, dia cakap di ground floor je. Jenuh juga la aku mencari kedai tu dan akhirnya dapat jumpa kedai tersebut.
Alhamdulillah..
Bye!