Salam.
4-7Nov 2022 yang lepas aku ke Singapore bersama kawan-kawan.
Sebelum masuk Singapore kena isi details di satu apps ni. My ICA Mobile.
Dalam tu dia akan mintak sijil vaccine kita. Ikut je arahan yang diberikan dalam apps tu.
Bila kena isi?
Sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kita ke Singapore. Kalau terlalu awal pon tak boleh. Yang penting 3 hari sebelum ke Singapore baru boleh isi.
Nak kena buat Covid test?
Tak payah. Mula-mula ingatkan kena check, nasib baik tak payah. Tapi kalau korang nk berjaga-jaga check aje lah sendiri.
At least kalau tve nanti boleh tau la dari mana. Haha
Perlu tunjuk ke apps ni di Imigresen Singapore nanti?
Tak perlu. Details kita dah ada dalam sistem dia.
Kami semangat buka apps ni nak tunjuk masa tu, rupa-rupanya tak payah pon.
Salam.
Pagi semalam pergi kerja macam biasa. Memang sihat je rasa cuma monday blues je sikit.
Masa tengah round semalam, tiba-tiba je kerap bersin dan sakit tekak.
Aku dah risau, Covid-19 ke ni? Kawan aku suruh check, dia cakap kalau sakit tekak tu macam symptoms Covid-19 dah.
Sekarang memang ramai yang kena Covid-19, rakan sekerja aku 3 orang yang kena minggu lepas. Sepatutnya kena check covid test minggu lepas, tapi tak sempat sebab busy oncall dan tak ada symptoms.
Ni tiba-tiba ada symptoms, terus la aku check. Dan... memang positif pon!
Covid-19 positif - 21/11/2022
Tak tau nak cakap apa, happy ke sedih ke.. Happy sebab dapat la berehat setelah lama tak dapat berehat dengan betul.
Lepas dah inform boss aku, aku pon balik la rumah. Sampai je rumah, terus jadi makin teruk. Demam, sakit kepala, dan hidung tersumbat yang sangat teruk. Kena telan ubat sentiasa, baru la rasa okay sikit.
Sekarang macam ok sikit, boleh la online kejap. Hari ni dan semalam asyik baring atas katil je sebab betul-betul tak larat.
Doakan aku cepat sembuh ya.
Hari ke-empat (khamis ni) kena check saliva test. Kalau dah negatif, boleh kerja macam biasa semula.
Tapi ikutkan kuarantin sampai ahad ni. Takpe la tengok macam mana nanti.
p/s: bila sakit ni, terus rasa homesick.