Salam.
Kisah 2 Disember lepas juga, semasa aku di Penang.
Plan kali ni memang nak jumpa 2 orang kawan baik aku sejak sekolah menengah lagi. Kawan yang aku memang akan jumpa bila balik ke Penang.
Sebenarnya dah nak dekat setahun juga la tak jumpa mereka ni, sebab masing-masing pun sibuk juga. Kadang-kadang aku balik Penang kejap sangat dan tak sempat nak jumpa mereka.
Alhamdulillah, kali ni ada rezeki kami berjumpa. Beberapa minggu sebelum balik ke Penang, aku dah inform 2 kawan baik aku ni. Jadi dah ada tentatif hari untuk kami berjumpa.
Biasanya kami singgah di kedai makan dan sembang-sembang di situ selama beberapa jam. Kawan aku Aina yang akan ambil kami dari rumah. Aku kalau di Penang memang jarang drive, sebab akak aku yang selalu akan drive. Kalau dia kerja je, dan aku memang nak keluar baru aku akan drive sendiri.
Aina akan pick up kami di rumah, sama ada aku atau pun kawan aku Syira dulu.
Kali ni kami ke Nash Bistro, Bandar Perda. Ni kali pertama aku ke sini.
Nampak macam menarik juga menu dia.
Ni yang kami order, sebab masing-masing dah lunch. Jadi perut masih kenyang lagi.
Sambil sembang, sambil mengunyah. Banyak topik yang nak diceritakan sebab dah lama tak bersua muka.
Banyak menu yang ada di sini. Lama juga nak pilih.
Sebelum balik, aku bungkus nasi goreng ayam, maggi goreng dan nasi goreng seafood.
Adik aku je pesan nasi goreng seafood, yang lagi dua tu aku beli sebab aku sendiri yang teringin nak makan. haha
Aina, aku dan Syira.
Wefie sebelum masing-masing berpisah.