Salam.
Pagi ni breakfast nasi lemak. Biasanya kalau aku postcall (selepas kerja 24jam) aku akan jadi craving nak makan benda sedap dan banyak.
Sebab tu la diet selalu tak menjadi. Sebab asyik oncall je, lepas oncall mesti nak kena makan banyak. haha.
Biasanya aku akan beli nasi lemak di Warung Kelate Cek Ma. Aku beli melalui grabfood je, hantar ke hospital macam biasa. Sangat jimat beli di grabfood sebab ada voucher discount lagi.
Macam hari ni aku beli 3 bungkus makanan, cuma RM12.80 je lepas dah tolak diskaun bagai.
Boleh la makan untuk 1 hari. Jimat pon ya jugak.
Warung Kelate Cek Ma
Hari ni aku beli macam biasa, nasi lemak wajib ada.
Aku akan request ayam bahagian paha/thigh dan biasanya memang akan dapat. Ada la 2 kali macam tu tak dapat bahagian ayam yang aku nak.
Lagi 1 mee goreng kosong. Sedap juga.
1 lagi tapau aku beli nasi putih + ayam cili padi. Tak ambil gambar pula.
Ni boleh makan untuk lunch atau dinner pula.
kedai makan Warung Kelate Cek Ma ni aku tak tau dekat mana, memang selama ni beli melalui grabfood atau foodpanda je. tengok yang mana lagi banyak diskaun.