Salam.
Pada 23-25 Disember 2022 yang lepas, aku staycation di sini selama 3 hari 2 malam sempena birthday aku.
Aku check in pada malam 23 Disember (Jumaat). Balik je dari kerja pukul 9 malam tu, aku terus check in ke sini.
Kawan aku Pini dah check in awal lagi. Nasib baik dia ada ambil gambar bilik hotel sebelum aku sampai. Dia tau aku selalu ambil gambar untuk buat entri blog.
Monocolo Boutique Hotel
Harga aku tak sure berapa per night tapi rasanya tak sampai RM200. Sesuai la untuk siapa-siapa yang datang KK tapi nak cari hotel cantik dan harga yang murah boleh la stay di sini.
Bilik dia tak kecil sangat, toilet dia pun besar. Selesa juga la.
Katil queen
Ada TV di hujung katil
Ada fridge kecil juga dalam kabinet tu
shower yang luas
Basic toileteries set ada
Bagi aku, aku suka hotel ni. Sebab bersih dan selesa.
Nak makan pon senang, boleh pergi cafe dia dekat bawah je.
hotel ni tak ada sediakan breakfast ya.
Salam.
Bila birthday kan, mesti akan dapat makanan free daripada beberapa outlet makanan terkenal. Contohnya macam KFC, Zus Coffee, Starbucks dan lain-lain la.
So kali ni aku nak redeem cake daripada Zus Coffee pula.
Redeem cake di Zus Coffee
Last year nak redeem tapi tak dapat sebab masa ni Zus Coffee belum ada cawangan di KK lagi.
Baru beberapa bulan lepas ada 3 cawangan yang baru dibuka di KK. Tak lama lagi ada cawangan baru di Lintas Plaza pula, dan cawangan ni yang paling dekat dengan rumah aku.
Harap-harap tak selalu membeli la nanti.
Jadi hari tu aku order 2 cake di app Zus Coffee dan pilih untuk pick up.
Beli 1 percuma 1 offer dia.
Jadi harga untuk 2 kek ni RM 13.50. Kawan aku cakap mahal juga harga kek di Zus Coffee ni. 1 slice RM13.50.
Aku pick up di Zus Coffee cawangan Plaza 333. Tak jauh juga cawangan ni, tak sampai 10km pun dari tempat aku tinggal.
Lepas tu pergi Starbucks pula ingatkan dah boleh redeem cake starbucks. Tapi tak dapat lagi, sebab rewards tu belum muncul dalam app Starbucks.
Jadi beli la Hot Asian Dolce Latte ni.
2 hari berturut minum Starbucks..
Enjoy!