Salam.
Hari ni baru ada masa nak update pasal trip bulan lepas. Harap-harap rajin la update lagi lepas ni.
25 Jan 2023 (Rabu), balik dari kerja, terus ke KKIA. Barang semua dah siap packing malam sebelum tu. Packing tu jadi kejap je kalau dah ada idea barang apa yang nak dibawa. Aku rasa aku cuma ambil masa dalam 10-15 minit je untuk packing, sebab dah tulis siap-siap barang yang nak bawa.
Kami ke Bali selama 6 hari 5 malam, jadi banyak juga la barang yang nak kena bawa.
Aku naik grab je dari rumah untuk ke KKIA. Nasib baik la tak berapa jam sangat jalan ke airport.
Flight dari KK ke KL sepatutnya pada pukul 6.55pm (tapi lewat 10 minit) jadi sampai di KLIA 2 pada pukul 9.35pm.
Kawan kami dari Pahang dah sampai awal dulu di KLIA 2. Kami jumpa di airport je.
Fligh kami mendarat di gate yang jauh. Jadi terpaksa la berjalan jauh untuk keluar dari situ. Perut dah lapar betul masa ni, plan nak makan di KLIA 2 je.
Tapi sebelum makan, kami check in Aerotel KLIA 2 dulu. Malas nak keluar cari hotel di luar. Senang stay di Aerotel je. Lagipun dah banyak kali stay dekat sini. Memang selesa. Cuma harga dia mahal sikit la.
Aku book di Trip.com dapat RM 305/ night.
Yang penting sebelum book buka Shopback.com dulu untuk dapatkan cashback.
Siap check in di Aerotel, perut pon dah sangat sangat lapar. Kami makan di Old Town White Coffee berhampiran balai berlepas tu. Nasib baik buka 24 jam.
Risau juga fikir nanti nak makan dekat mana kalau sampai lambat di KLIA2.
Aku makan Hainanese Chicken Chop Rice.
Memang kenyang terus.
Balik bilik, solat dan tidur. Esok akan naik flight untuk ke Bali. Tak sabar!
Salam.
Hujung bulan Januari 2023 yang lepas, aku ke Bali bersama 3 orang kawan aku selama 6 hari 5 malam.
Dapat juga ke Bali setelah 3 tahun pandemik Covid-19. Mulanya nak ke Bali pada Mac 2020 yang lepas, tapi terpaksa cancel kerana Covid-19 lah. Boss aku memang tak bagi pergi, dan ada hikmah juga la tak pergi masa tu. Kalau pergi juga, maybe jadi orang terawal yang kena Covid-19.
Kami ke sana agak lama, 6 hari dan 5 malam.
Tapi tak banyak tempat yang kami cover sebab cuaca yang agak kurang bagus. Hari pertama sampai di Bali pun dah hujan. Pak supir cakap dah 2 minggu tak hujan, tiba-tiba hari kami sampai tu hujan pula.
Di bawah aku share itinerari kami sepanjang di sana.
Travelog Bali Jan 2023 (26 - 31 Jan 2023)
Day 1 (26 Jan 2023)
Flight dari KLIA2 ke Bali (Ngurah Rai International Airport)
Ke Nusa Penida
Day 2 (27 Jan 2023)
Jalan - jalan di Nusa Penuda
-Rumah Pohon
-Diamond Beach
-Kelingking Beach
Day 3 (28 Jan 2023)
Dari Nusa Penuda ke Tanah Lot
Check in The Saren, Tanah Lot
Cafe hopping
Day 4 (29 Jan 2023)
Ke Ubud - naik swing
Kintamani
Cafe hopping
Day 5 (30 Jan 2023)
Jalan-jalan di Kuta, beli souvenir
Cafe hopping
Day 6 (31 Jan 2023)
Flight balik ke KL, KL-KK