Salam.
Minggu ni aku staycation di Hyatt Centric Hotel, Kota Kinabalu sempena birthday kawan baik aku, Pini.
Memang setiap kali birthday kami, kami akan staycation sama sama.
Birthday aku tahun lepas, kami stay di Monocolo Boutique Hotel.
Kali ni kami pilih untuk stay di Hyatt Centric Hotel, KK sebab hotel ni baru lagi. Kalau tak salah aku, baru buka tahun lepas.
Hotel ni sangat strategik, sebab hotel di tengah bandar KK. Boleh jalan kaki ke untuk ke Gaya Street, Suria Sabah Mall pun dekat sangat. Betul-betul berdepan dengan hotel ni je.
Selain tu, ada Jesselton Mall juga berdekatan sini. Jesselton Mall sebelah Suria Sabah Mall aje. Memang dekat sangat.
Hotel ni Pini book guna World Hyatt apps, dapat lah dalam RM337 termasuk tax. (Termasuk dengan breakfast sekali, tapi sebab bulan puasa kan, boleh tukar kepada sahur).
Sahur dia harga RM55 untuk seorang. Makanan yang disediakan adalah nasi briyani dengan 4 pilihan lauk dan juga dessert, kurma dan jus/ kopi.
Hyatt Centric Hotel Lobby
Bilik di Hyatt Centric Hotel, Kota Kinabalu
katil King
view dari balcony
ada maggi, biskut. Tapi ni kena beli la. ada harga di situ.
shower room. Sangat besar dan bersih.
Nutty Pistachio Cake. Sedap sangat!
Sahur di Hyatt Centric Hotel, Kota Kinabalu
Aku pilih set nasi briyani + ayam goreng berempah, Pini pula pilih set nasi briyani + daging masak kurma. Sahur dihantar dari 2-4.30am. Sahur kami sampai dalam pukul 3.30am. Awal juga la, tapi ada banyak masa untuk makan juga sebab portion dia besar.
sahur dia hantar dalam bekas tiffin. sangat unik.
makanan dia sedap juga.
So, next time maybe boleh stay sini lagi.
Happy Birthday Pini!
Salam.
Dah lama tak update blog. Nak dekat 2 minggu juga la. Memang agak busy kebelakangan ni, pastu bila ada masa pula, mood nak update blog tu tak ada.
Banyak nak update sebenarnya. Trip ke Bali haritu pon tak update lagi. Ni dah nak masuk trip lain pula bulan depan nanti ni.
harap-harap rajin la update blog nanti.
Ni last day lunch. Makan Nasi Ayam Penyet.
Alhamdulillah, kenyang.
Besok pula akan start puasa.
Tahun ni berazam nak diet betul-betul masa bulan puasa. Harap-harap kuat lah.
Dah siap book Buffet Ramadhan awal-awal lagi sebab nak dapatkan harga early bird.
Tak banyak, 2 buffet je. hehe.
Korang pula?
Salam Ramadhan semua..