Salam.
Alhamdulillah, dah selamat sampai di Penang semalam.
Kali ni dari KK ke Penang aku naik Firefly pula. Rasanya macam kali pertama naik Firefly setakat ni.
Biasanya aku naik flight Air Asia je, tapi sejak route KK-Penang direct dah tak ada sejak bulan 3 baru- baru ni (kalau tak salah aku), terpaksa lah naik Firefly pula.
Sebab nak transit di KL selama beberapa jam memang sangat memenatkan. Pernah dah cuba bulan 3 yang lepas. Fuhh, tak tahan dengan penat & bosan tu.
Itu yang kali ni masa apply warrant ticket, aku dah remarks dekat situ untuk direct flight je.
Rasa macam tak sanggup transit di KLIA2 pula, sebab fikirkan nak naik turun flight 2 kali, dan paling penat ketika nak tunggu boarding tu. Kalau flight tu delay, haa tunggu je la lama lagi kat situ.
Kalau ada kawan ok juga kot, tapi sebab sorang-sorang kan, memang la terasa bosan yang sangat ketara.
Boleh je nak tengok Netflix sementara menunggu tu, tapi macam kena sentiasa alert la dengan keadaan sekeliling. Mana tau tiba-tiba dah boarding, aku pula duk busy layan drama sampai tak perasan haha.
Yang tak bestnye flight aku kali ni, aku tak boleh check in online. Banyak kali dah cuba nak check in online di apps MAS, tapi tak dapat. Lepas tu aku nak cuba check in di Firefly apps juga, tapi sama. Masih tak dapat juga..
Akhirnya aku buat keputusan untuk ke KKIA (KK Airport) awal sikit la, untuk check in di kaunter sana je.
MasyaAllah, ramai betul orang semalam. Aku beratur nak dekat 1 jam lebih juga la. Kaunter yang dibuka pon sikit. Aku memang cuak sangat dah masa tu, sebab tak check in lagi kan. Masa aku check in di kaunter & drop luggage, sebenarnya dah kurang 45 minit sebelum flight departure time. Nasib baik tak ada masalah dan aku tengok ramai lagi orang beratur belakang aku.
Dah siap check in, aku terus masuk ke departure area dan tunggu untuk boarding.
Boarding pula macam tak berapa sistematik aku rasa. Tapi biasa la, aku rasa ni tak ada masalah sangat.
dan biasanya akan dapat makanan kalau warrant ticket ni.
Aku dapat nasi lemak + mineral water.
kalau naik Airasia, akan dapat makanan & juga government box tu (ada snacks, drink).
So, bagi aku, aku rasa aku lagi prefer AirAsia flight berbanding dengan Firefly.
Sedih betul, kenapa la route KK - Penang direct dah tak ada sekarang. huhu
Nampaknya, jarang-jarang la balik Penang lepas ni, kecuali sanggup transit.