Salam.
Ni cerita bulan puasa yang baru je habis.
Ahad yang lepas (16/4/23), kami berbuka puasa di Sushi King sempena Sushi King Buffet.
Biasanya time puasa ni masa berbuka tu tak boleh makan banyak sangat, tapi nak juga pergi Sushi King, hehe.
Sushi King kan antara tempat favourite aku dan kawan-2 baik aku makan kalau teringin nak makan sushi.
Aku tak pernah pergi sorang, memang kena pergi dengan kawan, baru seronok sikit makan beramai ramai.
Mulanya kami nak makan Sushi King di City Mall, tempat biasa kami pergi. Tapi rupa-rupanya tutup pula sebab tengah renovate rasanya.
Dah la masa sampai tu ngam-ngam dah timing nak berbuka. Sedih juga la. Lepas tu kami solat dulu di surau City Mall, dan buat keputusan untuk makan di Sushi King Suria Sabah Mall.
Masa nak decide nak makan di mana pun lama juga, sebab tengah fikir mesti ramai orang. Antara pilihan yang kami ada, Sushi King di ITCC Penampang ataupun Imago Mall. Akhirnya kami decide untuk ke Sushi King Suria di Sabah Mall dengan harapan orang tak ramai sangat.
Masa sampai di sana, beratur kejap la, tapi tak lama sangat. Nasib baik tak hangry haha.
Sushi King Buffet
Atas ni antara menu yang ada sempena Sushi King Buffet.
Bayaran seorang RM60+. Ok lah, lagi murah dari harga buffet berbuka puasa di tempat lain.
Ni antara makanan yang aku makan. Awal-awal je snap gambar, lepas makan terus fokus makan je. haha.
Spicy ramen noodles
Aku makan 2 mangkuk kecik. Sedap!
Masa kami makan, tiba-tiba ada beberapa orang staff Sushi King datang ke meja kami dan cakap nak bergambar. Kami pon ok je la kan. Tapi sampai sekarang masih tak tahu tujuan apa gambar tu diambil haha.
Nampak sedap pula time buat entri ni. Macam nak kena ajak akak aku ke Sushi King nanti. Maybe besok lusa ke sebelum aku travel next week. Nanti rindu pula makanan di Malaysia, haha.
p/s: selamat hari raya kedua!