Salam.
Lebih sebulan aku tak tulis entri. Macam biasa, agak sibuk. Blog pon dah terabai. Mood nak update blog pon tak tau ke mana.
Baru-baru ni aku cuti hampir sebulan, cuti raya, sambung dengan cuti travel. Lepas balik travel, aku extend lagi cuti di Penang sebab mak aku tak sihat. Kena masuk ward.
Isnin hari tu dah balik ke KK, sebab dah cuti lama. Mak aku masih di hospital, doakan mak aku cepat sembuh ya.
Lepas Kaamatan aku akan balik ke Penang lagi, harap-harap mak aku dah keluar ward masa tu. InsyaAllah. Sejak mula bekerja, hari-hari aku oncall/passive untuk cover balik cuti yang lama hari tu. Ingatkan nak balik weekend ni, tapi mak aku cakap balik nanti je bila mak aku dah keluar ward. Aku pon ok juga lah. Jadi hari ni baru la dapat full day sehari rehat.
Esok akan kembali bekerja macam biasa. Oncall dan passive juga. Counting days untuk balik Penang tengok mak aku sekarang ni.
Flight direct KK-Penang cuma ada dari satu airlines je iaitu Firefly, timing pun 2 kali sehari. Nasib baik la, daripada tak ada langsung kan. Penat la nak transit ke KL pula.
Hari ni di KK ada Borneo International Marathon 2023. Aku dah daftar untuk event ni dari tahun lepas lagi. Tapi sebab aku jatuh masa travel hari tu, kaki aku masih sakit lagi. Aku tak berani nak join, sebab satunya dah lama tak aktif, lepas tu risau kaki aku akan lagi teruk lepas ni.
So rehat aje lah di rumah hari ni. Aku makan dan tidur je, cover boleh tak cukup tidur 5 hari lepas.
Sambil marathon drama Dr Cha. Layan movie lain di Netflix juga The Mother. Best movie tu.
sekarang tengah layan Black Night pula.
Esok kerja macam biasa.
Bye!