Salam.
Hari selasa 2 hari lepas aku ke Imago Mall atas urusan kerja. Ada blood drive di sana.
Memang dah plan nak makan di sana tengahari tu. Tapi tak jadi pula, lunch makan nasi lemak tapau dan karipap je.
Sebelum balik, aku singgah di Dubuyo untuk bungkus honey garlic bulgogi beef (set), memang dah aim nak makan yang ni pon. Sebab selalu makan di sana. Tapi rasanya last makan di Dubuyo beberapa tahun yang lepas, sebelum Covid-19 lagi. Tak tau la kenapa dah lama tak makan di situ, sebab jarang pergi Imago kot.
Ni la set honey garlic bulgogi beef
ada 3 side dishes. Kimchi, kacang panjang, dengan satu lagi aku tak sure ape.
ada sup juga, sedap sup dia.
Makan sambil tengok drama korea baru di Netflix - Song of Bandits
tapi lagi best kalau makan di restoran dia sebenarnya daripada bungkus. Tapi sebab tak cukup masa, kita bungkus je la.
next time baru makan di sana pula kalau teringin lagi.
Salam.
Jumaat baru-baru ni aku ke Sushi King sempena Sushi King Bonanza.
Sushi King Bonanza 5-8 Sept 2023
Mulanya nak pergi masa lunch, tapi ada makanan pula dah masa tu, jadi kami pergi lepas habis kerja. Dalam pukul 5pm, kami gerak ke City Mall, belakang hospital aku je.
Tapi macam biasa la, jem sikit sebab peak hours orang balik kerja kan.
Masa kami sampai ni, barisan tak panjang, ada 2 -3 orang je depan kami. Terus dapat tempat duduk dan makan. Kalau lambat sikit, mesti kena beratur.
Sebab perut masih kenyang, kami tak order banyak sangat.
Tapi aku je la yang macam makan lagi banyak dari Pini. haha.
Lama tak makan sushi king, last makan masa bulan puasa yang lepas kalau tak salah aku.
Total kami makan RM94.40 (19 plate). OK la kan.
Next time ada sushi king bonanza atau buffet, confirm aku akan pergi lagi.
Bye!