Salam.
Seperti entri sebelum ni, aku ada bagitau aku ada di Penang sekarang. Balik sejak hari jumaat malam
yang lepas. Kali ni aku bercuti lama sikit di Penang, sebab mak aku dah mula cakap
selalu balik Penang kejap sangat.
Alang-alang nak masuk tahun baru 2024 ni, aku ambil lah cuti lama sikit untuk berehat di Penang.
Kebetulan ada Penang Absolut Food Fest di Batu Kawan dari 30 Dec
2023- 1 Jan 2024, jadi aku ke sana petang ahad hari tu.
Tak rasa macam nak beli makanan sangat, cuma nak jalan-jalan
tengok apa yang dijual di sana.
cuaca panas terik, ramai guna payung
Ada bermacam jenis makanan yang dijual di sini, Nasib baik la kenyang lagi kalau tak memang rambang mata nak beli semua.
Jom tengok mana yang aku sempat snap gambar.
Sebenarnya, aku tak beli banyak sangat pon, beli benda yang aku tak pernah makan atau jarang makan macam tanghulu, wagyu skewer dan churros.
Lepas tu minum air kelapa untuk menghilangkan dahaga. Cuaca panas
terik, dan aku guna payung untuk berjalan di sana. Takut pening kepala kalau
terlampau panas sangat cuaca.