Salam.
Khamis semalam akak aku cuti, dia nak ke bank untuk ambil geran kereta.
Aku pon ikut dia sekali, sebab lepas tu nak singgah makan.
Tapi sebab pagi tu dah makan mee goreng yang digoreng ayah aku, kami dua orang masih kenyang. Jadi singgah kedai makan untuk bungkus makanan je.
Alang-alang kami ada berhampiran area Sunway Carnival Mall, aku ajak akak aku ke sana untuk beli kopi di Gigi Coffee. Dah lama tak minum buttercream latte dia, teringin pula.
Masa kami sampai ni, mall tak ramai orang sangat. Kami terus pergi ke Gigi Coffee untuk membeli. Tak ada orang pon dekat sana. Aku dah nak mengorder dah masa ni, tiba-tiba ternampak buy 1 free 1 kalau order pick up melalui apps Gigi Coffee.
Apalagi, aku dan akak aku duduk dulu dan aku download apps Gigi Coffee terus.
Daftar guna phone number, masukkan details yang simple dah siap.
Walaupun tak dapat guna selalu apps Gigi Coffee, saja aku donwload. Mana tahu satu hari nanti diorang buka 1 cawangan dekat KK kan. Haha
Macam biasa, aku order Iced Buttercream Latte. Akak aku cuba coffee lain, biasa dia Caramel Machiatto je.
Baucer yang dah digunakan
buttercream latte!
petang tu, singgah Family Mart pula. Lama tak makan oden dan aiskrim sofuto dia.
nak beli matcha, tapi ada dark chocolate dengan creme brulee je.
creme brulee dah try dulu, tak kena sangat dengan tekak. Jadi aku pilih dark chocolate.
jadi... apa lagi nak dimakan sebelum balik ke KK nanti?
Salam.
Pembukaan tahun baru 1 Jan 2024, kami 1 family (kecuali adik aku) jalan-jalan ke Alor Setar.
Tak berjalan sangat pon, cuma memang dah aim nak ke 1 kedai makan ni - Warung Pak Din One Dollar, Alor Setar.
Ayah aku ada share pasal kedai makan ni sebelum ni dengan akak aku, jadi kebetulan aku di Penang, kami ke sana untuk makan-makan.
Mak aku pun dah beransur sihat, jadi boleh la keluar makan sekali. Mak aku tak sihat sejak lepas raya tahun lepas, sekarang Alhamdulillah makin sihat.
Kami bergerak dari rumah kami pada pukul 12 tengah hari, sampai sana dalam pukul 1 tengahari. Dari Bukit Mertajam ke Alor Setar menggunakan highway, tak jauh sangat. Tol dia RM10.
Dah lama tak lalu tol, dekat Sabah takde tol. haha
Warung Pak Din 1 Dollar buka pada pukul 2.30 petang, jadi kami jalan-jalan sekitar Alor Setar dulu sementara menunggu kedai dibuka.
Tepat jam 2.30 petang kami sampai di Warung Pak Din 1 Dollar. Masa ni dah ada beberapa orang sampai terlebih dahulu.
Kat sini kalau nak beli celup tepung, kena pilih lauk pauk yang nak dicelup tepung. Lepas tu bayar.
Kami pilih ikan siakap untuk dimasak 3 rasa, udang, sotong, ketam dan ikan termenung. Tak banyak sangat ambil sebab 4 orang nak makan je.
harga celup tepung
selain celup tepung, kami order tomyam campur, sup ayam dan telur dadar juga dan juga nasi putih.
Tak lama menunggu, makanan pon sampai.
Celup tepung kami habis separuh je, separuh lagi bungkus bawak balik rumah.
Me & my family
Masa kami tengah makan, makin ramai orang yang datang ke sini.
warung sebelah sungai
Tapi sebab servis dia cepat, tak la lama sangat orang menunggu.
Oh ya, ada kuih muih juga yang dijual di depan warung tu.
Aku beli nasi lemak ayam RM1. Saja nak rasa.
Overall, not bad la celup tepung dia. Mak aku paling suka ikan siakap 3 rasa dia.
Aku suka celup tepung dia sebab crispy dan tepung nipis je.